top of page

Selangor mudahkan bantuan banjir RM1,000, batal sambutan ambang tahun baharu

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Dec 27, 2021
  • 2 min read


Kerajaan Selangor akan memudahkan pendaftaran dan pemberian RM1,000 bantuan banjir kepada setiap keluarga yang terkesan dengan bencana itu.


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pendaftaran bantuan banjir akan dipermudahkan dengan mewujudkan one stop centre bagi mereka yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau yang tidak berpindah ke situ.


"Saya memperincikan bantuan RM1,000 yang saya umumkan sebelum ini. Setelah mendengar cadangan dan mekanisme juga rujuk pandangan masyarakat di laman sosial media maka kita buat kesimpulan.


"Tiga kategori akan terima bantuan Selangor Bangkit ini, iaitu mangsa yang duduk di PPS, kedua yang duduk di PPS swasta atau persendirian.


"Ketiga mangsa terkesan banjir tetapi tidak berpindah ke PPS awam atau sawsta


"Pendaftaran akan bermula pada Rabu, 29 Disember dan bagi kategori ketiga pula iaitu yang tidak berpindah, pegawai kita akan membuat pendaftaran rumah ke rumah dan ini akan dilaksakan pada 3 Januari 2022. Anda hanya perlu membuat laporan polis jika hilang kad pengenalan dan tidak perlu membuat laporan untuk bantuan banjir.


"Bagi kategori pertama dan kedua, pengumpulan butiran isi rumah akan dibuat di one stop centre di PPS atau di lokaliti ditetapkan oleh Kerajaan Negeri. Sebagian besar mereka tidak perlu pendaftaran semula kerana senarai nama, maklumat dan perincian telah ada di PPS," katanya dalam sidang media di Bangunan SUK di Shah Alam, petang ini.


Selain itu menurut Amirudin bagi yang beragama Islam, mangsa akan mendapat bantuan dari zakat Selangor berjumlah RM600 sekeluarga.


Dalam sidang media sama juga MB mengumumkan sambutan ambang tahun baharu 2022 dibatalkan dan diganti dengan acara keagamaan bagi menghormati dan bersimpati terhadap mangsa mangsa banjir pada 18 Disember lalu.


"Mengambil kira hal ini Kerajaan Negeri mengambil keputusan (sambutan) ambang tahun baharu dibatalkan dan akan digantikan dengan majlis tahlil, bacaan doa selamat dan zikir munajat di seluruh masjid negeri selangor. Bagi surau dan tempat tempat sembahyang di seluruh negeri digalakkan melakukan aktiviti serupa.


"bagi pihak syarikat atau peribadi (yang akan melakukan sambutan tahun baharu) Kerajaan Negeri juga menasihatkan membatalkan program pada tahun ini sebagai menghormati mangsa tragedi banjir bermula 18 Disember lalu," katanya.


Beliau juga mengumumkan jumlah mangsa banjir yang telah ditempatkan di PPS sejak bencana bermula sekitar 40,000 orang dan sehingga hari ini hanya 9,800 mangsa yang masih berada di PPS kerana rumah yang masih belum boleh diduduki


Manakala mangsa yang terbunuh akibat banjir kekal 25 kematian.

Commenti


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page