top of page

Selangor menuju digitalisasi pentadbiran Kerajaan Negeri - MB



Negeri Selangor hampir melaksanakan sepenuhnya digitalisasi dalam pentadbiran sepanjang pandemik Covid 19.


Menurut Menteri Besar (MB) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, pandemik yang memaksa setiap lapisan masyarakat meningkatkan jarak fizikal dan mengurangkan kontak rapat menyebabkan Kerajaan Negeri menubuhkan Smart Selangor Operation’s Centre (SSOC) yang menyelaraskan kerja-kerja agensi kerajaan serta meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat secara atas talian dan digital.


"Digitalisasi telah menjadi fulkrum dan bukan lagi pilihan untuk memastikan kelangsungan aspek kehidupan kita, dari pembelian barang keperluan asas, belajar sehinggalah bekerja.


"Hari ini, saya melawat Smart Selangor Operation’s Centre, satu usaha Kerajaan Negeri untuk menerapkan digitalisasi dalam pentadbiran negeri, menyelaraskan kerja-kerja agensi kerajaan serta meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat Selangor.


"SSOC merupakan satu daripada 60 inisiatif Smart Selangor dan infrastruktur asas kepada pengurusan sebuah Smart State, sejajar dengan hasrat Kerajaan Negeri yang mahukan Selangor menjadi Premier Smart State menjelang tahun 2025.


"Pusat ini diwujudkan untuk menempatkan beberapa agensi penting yang melibatkan operasi harian seperti bas, kutipan sisa dan keselamatan, serta pengurusan kejadian bencana dengan lebih pantas seperti pembakaran terbuka, pencemaran dan juga banjir," katanya dalam sidang media petang tadi.

MB menyaksikan tugas harian kakitangan SSOC

Menurut Amirudin lagi, SSOC berupaya memberi maklum balas serta maklumat terkini berkenaan usaha-usaha Kerajaan Negeri menangani pandemik Covid-19 melalui Selangor Task Force Covid (STFC).


Dalam pada itu, pada sidang media sama, MB turut menjelaskan status terkini pakej ransangan Kita Selangor dalam menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan 2.0.


"Pada 20 Januari lalu saya telah mengumumkan Pakej Kita Selangor yang menelan belanja RM75.877 juta merangkumi 20 inisiatif membantu rakyat yang terkesan Perintah Kawalan Pergerakan ataupun lockdown yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan.


"Sehingga 3 Mac, 108,545 rakyat Selangor telah menerima manfaat daripada Pakej Kita Selangor dan sebanyak RM24.73 juta juga telah dibelanja, serta 6 inisiatif selesai sepenuhnya," kata Amirudin lagi.


Inisiatif yang dimaksudnya ialah bantuan makanan kepada petugas barisan hadapan di hospital; bantuan banjir #KitaSelangor; Write-Off Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor; Pengoperasian Pusat Operasi C5i Smart Selangor dan Smart Selangor Centre of Excellence (CoE2); Penangguhan sewa selama 3 bulan kepada peserta skim smart sewa dan pengecualian serta penangguhan sewa rumah PPR dan Council Homes.


Menurut beliau lagi, baki 14 inisiatif adalah meliputi saringan bersasar Covid-19, bantuan pengangkutan bagi pesakit Covid-19 berisiko rendah, pemberian bakul makanan, program E-Kitchen, Skim Niaga Darul Ehsan serta program-program lain yang sedang dilaksana oleh beberapa agensi Kerajaan Negeri.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page