top of page

Kumpulan NGO serah memorandum junjung taat setia kepada Yang di-Pertuan Besar

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 1
  • 1 min read
Rakyat jelata Negeri Sembilan dan NGO tempatan menyatakan taat setia kepada DYMM Tuanku Muhriz
Rakyat jelata Negeri Sembilan dan NGO tempatan menyatakan taat setia kepada DYMM Tuanku Muhriz

Oleh: Shaiful Anuar Sulaiman


Satu majlis “Penyerahan Memorandum Menjunjung Taat Setia dan Mempertahankan Institusi Yang di-Pertuan Besar serta Adat Perpatih Negeri Sembilan” di Masjid Tuanku Muhriz, Bandar Baru Serting, Jempol, Negeri Sembilan di adakan tengah hari tadi dengan penuh tertib dan semangat kenegerian.


Memorandum tersebut diserahkan oleh Pengerusi Persatuan Sejarah Adat Perpatih Kuala Pilah, Muhammad Kamel Yassin yang mewakili gabungan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), termasuk Persatuan Otai Reformasi Negeri Sembilan, Pertubuhan Adab dan Budaya Mertang, Persatuan Kebajikan Insan DK dan Pertubuhan Kebajikan Otai Reformis Malaysia (PKORM).

Muhammad Kamel (depan) serah memoramdum taat setia kepada DYMM Tuanku Muhriz
Muhammad Kamel (depan) serah memoramdum taat setia kepada DYMM Tuanku Muhriz

Penyerahan tersebut diadakan sejurus selepas DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir selesai menunaikan solat Jumaat dan menghadiri jamuan makan beradab bersama para jemaah, mencerminkan hubungan erat antara institusi diraja dan rakyat.


Memorandum berkenaan menekankan simbolik bendera Negeri Sembilan yang membawa makna tersendiri dalam struktur masyarakat dan pemerintahan negeri.


Dalam inti pati memorandum, ditekankan simbolik bendera Negeri Sembilan yang membawa makna mendalam iaitu hitam melambangkan Undang, merah melambangkan rakyat dan kuning melambangkan institusi raja.


Ketiga tiga warna ini tidak boleh dipisahkan kerana menjadi asas kekuatan Negeri Sembilan. Rakyat berperanan penting dalam memastikan kelangsungan institusi raja berperlembagaan serta pemeliharaan Adat Perpatih.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page