top of page

Selangor mantapkan agenda pemberdayaan wanita melalui PWB

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 2
  • 1 min read

Saifuddin merasmikan Bengkel Kesihatan Wanita Bijak, Pilih Sihat anjuran Pusat Wanita Berdaya (PWB)
Saifuddin merasmikan Bengkel Kesihatan Wanita Bijak, Pilih Sihat anjuran Pusat Wanita Berdaya (PWB)

Kerajaan Negeri Selangor terus membuktikan komitmen berterusan dalam memperkasa wanita melalui pelbagai inisiatif pembangunan diri dan kesedaran kesihatan.


Ia terbukti menerusi penganjuran Bengkel Kesihatan Wanita Bijak, Pilih Sihat anjuran Pusat Wanita Berdaya (PWB) DUN Batang Kali yang menghimpunkan 30 peserta untuk lebih mendalami ilmu penjagaan diri dan kesihatan menyeluruh.


Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad ketika merasmikan penutup acara itu pada Sabtu menzahirkan rasa kagum kepada semangat ditunjukan peserta bengkel berkenaan.


"Melihat semangat para peserta, membuktikan wanita yang bijak bukan yang punya segalanya, tetapi yang tahu menjaga dirinya dengan baik dan mempunyai keyakinan diri.


"Dari ruang kecil seperti inilah, perubahan besar biasanya bermula," ujarnya.


PWB ialah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor untuk memperkasa wanita melalui pelbagai program pembangunan diri dan sosial.


Ia berperanan sebagai platform melatih dan menggalakkan penglibatan wanita dalam kegiatan sosio-ekonomi serta politik, selaras dengan visi Selangor sebagai negeri progresif dan inklusif untuk semua.


Dalam pada itu, Saifuddin yang juga Penyelaras DUN tersebut turut merakamkan penghargaan kepada Penyelia PWB, Puan Natrah Ali, serta tenaga pengajar Reina Ranmeet Kaur atas penganjuran bengkel memberi manfaat besar kepada peserta itu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page