Selangor mampu kutip hasil RM1.53 bilion waktu pandemik Covid 19


Meskipun pandemik Covid 19 menyebabkan kadar jangkitan yang tinggi dan penutupan banyak sektor ekonomi di Selangor, namun Kerajaan Negeri masih mengutip hasil sebanyak RM1.53 bilion sehingga 20 Ogos 2021.


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata jumlah tersebut menghampiri 70% daripada sasaran pendapatan negeri sejumlah RM2.2 bilion pada tahun ini.


"Kita ambil beberapa langkah mengurangkan kesan antaranya pelaksanaan Smartbox atau Dropbox di pejabat tanah dan daerah serta menggalakkan program pendigitalan.


"Ia telah mengurangkan kesan kepada pendapatan dan aktiviti ekonomi negeri secara keseluruhan," katanya ketika menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negeri Rawang Chua Wei Kiat dalam sidang Dewan Negeri Selangor, semalam.


Bagaimanapun, Amirudin mengakui keadaan agak mencabar tahun ini kerana pada tahun lalu jumlah sasaran kutipan berjaya dipenuhi pada bulan November.


Beliau mengakui, kesan penularan wabak turut memberi kesan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Selangor pada tahun lalu yang mencatat pertumbuhan negatif 5.3 peratus manakala Malaysia, negatif 5.6 peratus.


Bagaimanapun kata beliau, katanya kesan itu diminimumkan apabila sektor penting dibenarkan beroperasi dan hanya lokaliti tertentu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
19198
292
20980
Total
1,979,698
20,711
1,721,710

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
349,788
5,246
372,363
Total
225,423,690
4,643,538
200,274,221

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER