top of page

'Selangor maju, berkebajikan kerana tadbir urus PH, bukan Azmin'



Kritikan pemimpin Bersatu, Azmin Ali kononnya prestasi Selangor merosot sebaik sahaja beliau meninggalkan posisi Menteri Besar (MB) diibaratkan 'hidung tak mancung, pipi tersorong sorong'


Bagi Timbalan Pengarah Komunikasi KEADILAN Selangor, Adzman Kamaruddin, Ahli Dewan Negeri Bukit Antarabangsa itu jelas telah lupa kekuatan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) terletak kepada semangat kerjasama dalam kalangan parti komponen, bukannya terletak kepada seseorang individu


"Asas sebenar kejayaan negeri Selangor ialah urustadbir kerajaan yang baik, amanah dan berintegriti.


"Sebaliknya, kesemua nilai tersebut telah gagal dipertahankan Azmin sebaik sahaja beliau membuat keputusan bersekongkol dengan kelompok ahli politik yang mengkhianati mandat rakyat melalui Langkah Sheraton.


"Sedangkan fakta utamanya sumbangan negeri Selangor kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat setiap tahun dari 23.7% pada 2018 kepada 24.8% pada 2021, adalah bukti nyata Azmin hanya membuat dakwaan yang kabur tanpa fakta," kata Adzman dalam kenyataan hari ini.


Beliau turut mengingatkan Azmin sejak menteri PN itu meninggalkan negeri Selangor, prestasi ekonomi negeri meningkat baik dan program kebajikan kepada rakyat juga bertambah.


Jelasnya, pasca Covid 19 menyaksikan sendiri bagaimana Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari dan pasukannya berjaya mengurus sumber negeri dengan cemerlang apabila melaksanakan pakej rangsangan bersasar seperti Pakej Kita Selangor 1.0 dan 2.0 yang memberi impak positif kepada pemulihan ekonomi negeri


Juga, katanya, program memberi manfaat langsung kepada rakyat turut dilaksana secara holistik tanpa mengira fahaman politik seperti Jelajah Ehsan Rakyat (JER) kelolaan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor yang memberi impak besar tatkala Kerajaan Persekutuan gagal menyelesaikan isu kenaikan harga barang.


Oleh itu, Adzman mencadangkan dalam waktu kecederaan ini lebih baik Azmin berfikir mengenai kegelapan politiknya di hadapan daripada mencuba mempertikaikan kejayaan PH di Selangor.


"Dalam waktu ini adalah lebih baik Azmin menumpukan usaha menyelamatkan karier politik yang diibarat berada di hujung nyawa.


"Rakyat seluruh negara menyaksikan kegagalan demi kegagalan beliau sepanjang menjawat jawatan menteri Persekutuan sehingga tiada apa yang mampu dibanggakan untuk diceritakan pada generasi hadapan melainkan segalanya kekaburan dan berpaksikan retorik semata-mata," katanya lagi.


Tambahnya, Parlimen Gombak akan menyaksikan rakyat menghukum ahli politik yang gila kuasa dan tamak haloba seperti Azmin Ali pada Pilihan Raya Umum ke-15 yang bakal menjelang tiba.



0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page