top of page

Selangor mahu pengangkutan awam jadi pilihan menjelang 2030



Kerajaan Negeri menyasarkan lebih ramai penduduk di negeri itu akan menggunakan kenderaan awam bagi menepati matlamat bandar rendah karbon menjelang tahun 2030.


Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata sasaran tersebut terkandung dalam Pelan Induk Pembangunan Awam Selangor dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).


"Negeri menyasarkan menjelang 2030 nisbah penggunaan kenderaan awam dan kenderaan peribadi adalah pada kadar 6:4 yang berbeza situasi sekarang dalam keadaan terbalik," jelasnya ketika berucap sesi libat urus RMK12 di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam di sini pada Khamis.


Mengulas lanjut cita-cita itu, Amirudin menegaskan satu jaringan tersusun dan rancangan menyeluruh perlu diadakan untuk menangani trafik yang semakin sesak.


Selain itu, pembangunan infra pengangkutan awam di kawasan kritikan juga perlu dilaksana terutama di kawasan zon utara negeri berkenaan.


"Sebenarnya di kawasan utara negeri Selangor belum lagi dihubungkan sepenuhnya dengan rangkaian kereta api.


"Dari Klang ke Sabak Bernam belum disambungkan dengan kereta api. Mungkin kerajaan boleh rangka kalau tidak di RMK12 mungkin RMK13," katanya.


Amirudin dalam ucapannya juga berkata, Selangor bersedia membantu Putrajaya membangunkan projek pengangkutan awam di Selangor bagi menambah baik kecekapan, sekali gus memanfaatkan orang ramai.


Dalam menyokong usaha menggalakkan penggunaan pengangkutan awam, kerajaan juga katanya perlu mencari jalan memudahkan pergerakan rakyat dari rumah ke stesen pengangkutan awam tanpa memerlukan kereta.


"Solusinya memerlukan pelbagai pendekatan. Misalnya, penggunaan bas mini dan van, serta kereta-kereta e-panggilan. On-demand transit merupakan kaedah yang dapat tarikan agak tinggi dalam kalangan rakyat," katanya dipetik.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page