top of page

Selangor lulus RM12 juta, bantu pendidikan lebih 170,000 pelajar

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 14
  • 1 min read

Kerajaan Negeri Selangor terus membuktikan komited untuk membantu golongan pelajar sekaligus memperkukuh kedudukan sebagai negeri terdepan dalam memperkasa pendidikan berkualiti.


Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, peruntukan keseluruhan sebanyak RM12 juta telah diluluskan di bawah pentadbirannya untuk pelaksanaan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) dan Program Didik Kasih (PDK) 2025 secara percuma.


Beliau menjangkakan kedua-dua program tersebut akan memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 170,000 pelajar di negeri itu.


"Gabungan dua inisiatif ini dijangka meliputi 85 peratus daripada keseluruhan 200,000 pelajar yang menjadi sasaran program pendidikan negeri kali ini.


"130,000 pelajar menengah atas akan dibantu melalui modul komprehensif PTRS. PDK pula menyasarkan 20,000 hingga 30,000 murid tahun satu hingga enam yang masih belum menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M)," katanya dipetik.


Amirudin berkata begitu ketika merasmikan program Tekad Pendidikan Kita Selangor 2025 di Bangi pada Jumaat.


Pada majlis sama, beliau turut menyempurnakan penyampaian anugerah kecemerlangan kepada pelajar PTRS SPM 2024, penyerahan insentif Kecemerlangan SPM, Hadiah Pengajian IPT 2025 dan biasiswa anak syarikat Kerajaan Negeri.


PDK yang julung kali diperkenal Kerajaan Selangor memberi fokus kepada penguasaan literasi dan numerasi kepada semua murid Pemulihan Khas yang berada di Tahun 2 hingga Tahun 6 di semua sekolah rendah negeri itu.


Manakala PTRS merupakan program tuisyen percuma yang ditawarkan kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di seluruh Negeri Selangor yang menumpukan kepada pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah dan Matematik Tambahan.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page