top of page

Selangor lancar skim BINGKAS, bantu rakyat marhaen pasca pandemik Covid 19



Pasca pandemik Covid 19 menyaksikan banyak rakyat Selangor yang mengalami kepayahan untuk membina kembali kehidupan.


Menurut Menteri Besar (MB) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, menyedari kesukaran tersebut maka Kerajaan Negeri telah menambahbaik skim Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) kepada Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS).


Katanya, skim baharu yang dilancarkan hari ini itu bukan sahaja memanfaatkan golongan ibu tunggal tetapi juga bapa yang telah ditinggalkan dan berusaha membesarkan anak anak.


"Dahulu kita ada KISS, kita bantu menanggung ibu tunggal. Lepas Covid melanda kita lihat bukan ibu susah, bapa yang ditinggalkan pun susah. Kita harus tumpu semua. Kita tak batalkan KISS sebaliknya semua peserta yang didaftar dibawa masuk BINGKAS.


"Waktu ini kita ada 30,000 keluarga di Selangor di bawah KISS. Melalui BINGKAS juga kita naik (pemberian tunai) daripada RM200 kepada RM300 sebulan," katanya dalam majlis Jelajah Selangor Penyayang: Dataran Pantai Morib, pagi tadi.


MB juga membandingkan BINGKAS dengan Bantuan Keluarga Malaysia yang memperuntukkan sebanyak RM2,000 setahun.


Katanya, bagi rakyat Selangor mereka mendapat bantuan daripada Kerajaan Negeri yang nilainya lebih memenuhi keperluan harian.


"Di bawah Kerajan Negeri sebelum ini kita beri RM2,400 setahun, kali ini kita beri RM3,600. Bukan sahaja boleh beli keperluan hidup tetapi juga boleh bayar bil utiliti, jagaan anak dan sebagainya," ujarnya.


Selain itu, tambah MB, bantuan juga diberikan kepada belia melalui program Inisiatif Roda Darul Ehsan.


"Kita tambah program belia dengan program Inisiatif Roda Darul Ehsan, iaitu memperolehi lesen motorsikal digabungkan dengan (perkhidmatan) e-hailing juga mendapat caruman Socso dan sebagainya


"Ini adalah konteks sebuah kerajaan yang reform. Pemerintahan yang memberi kebaikan kepada rakyat secara berterusan, bukan mengulang benda lama," katanya.


Dalam majlis itu juga, Amirudin menerangkan mengenai Skim Mesra Usia Emas yang ditohmah telah dimansuhkan.


Sebaliknya, kata beliau, SMUE kini ditambah baik dengan memberi hadiah RM100 kepada warga emas berusia 60 pada setiap tahun dan sekiranya meninggal dunia keluarga akan mendapat RM500 khairat kematian.


Begitu juga Program TAWAS, pemberian manfaat RM1,500 kepada anak yang lahir di Selangor apabila berusia 18 tahun, kali ini ditambah baik menjadi Iltizam Anak Selangor dan digabungkan dengan SSPN.


Ketika ini, tegas Amirudin kerajaan Selangor mempunyai 43 program di bawah Inisiatif Peduli Rakyat.



0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page