top of page

Selangor lancar inisiatif Bakul Rahmah bantu golongan miskin tegar



Sebanyak 11,000 ketua isi rumah di Selangor bakal menerima manfaat daripada inisiatif Bakul Rahmah yang dilancarkan Kerajaan Negeri itu.


Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan bantuan kepada golongan B10 iaitu pendapatan kurang daripada RM2,500 diwujudkan bagi meringankan beban sara hidup yang dihadapi golongan itu untuk kesemua 22 kawasan Parlimen di negeri itu.


Empat kawasan Parlimen iaitu Gombak, Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Langat dipilih sebagai kawasan pertama menerima inisiatif tersebut.


Manakala agihan ke kawasan Parlimen lain akan digerakkan dengan aturan yang telah ditetapkan.


"Menerusi Program Payung Rahmah, kita sasar 500 penerima setiap parlimen di Selangor terima manfaat Bakul Rahmah dalam usaha kita meringankan beban orang ramai terutama pada bulan Ramadan.


"Agihan bantuan secara sekali beri ditentukan ahli parlimen dan ahli dewan negeri (ADN) yang mempunyai senarai layak," katanya.


Terdahulu Naib Presiden KEADILAN itu hadir ke Majlis Pelancaran dan simbolik Penyerahan Bakul Rahmah peringkat Selangor 2023 di Kuala Selangor semalam.


Turut hadir pada majlis pelancaran itu adalah Exco Pengguna Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor, Mohd Zuhairi Mat Radey dan Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin.


Februari lalu, Menteri KPDN Datuk Seri Salahuddin Ayub memaklumkan seramai 37,373 ketua isi rumah (KIR) miskin tegar di seluruh negara bakal menerima bantuan keperluan asas menerusi inisiatif Bakul Rahmah.


Inisiatif tersebut melibatkan kerjasama rakan strategik, pasar raya, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).


Sementara itu Amirudin menegaskan Kerajaan Negeri dipimpinnya akan memberikan komitmen dan kerjasama strategik kepada KPDN dalam menggerakkan inisiatif Bakul Rahmah berkenaan.


"Inisiatif Bakul Rahmah ini wajar disambut baik dan Kerajaan Negeri Selangor berharap KPDN Selangor akan terus membantu dan membimbing mana-mana pihak yang berhasrat untuk menyumbang di bawah inisiatif Bakul Rahmah," jelas Amirudin yang juga ADUN Sungai Tua.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page