Selangor laksana pengurusan jenazah Covid 19 berpusat


Kerajaan Selangor akan melaksanakan inisiatif Pengurusan Jenazah Covid-19 Berpusat bagi mempercepatkan pengebumian mangsa-mangsa pandemik.


Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, tiga hospital akan dikhususkan untuk menguruskan hal-ehwal berkaitan mangsa Covid-19 sama ada muslim mahupun yang bukan Islam, yakni Hospital Shah Alam, Hospital Sg Buloh dan Hospital Klang.


"Tanah perkuburan pula, yang dikhususkan untuk pengurusan jenazah mangsa Covid-19 bagi yang beragama Islam ialah di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 dan Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.


"Untuk bukan Islam, jenazah mangsa akan dirujuk ke Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi tujuan pengebumian dan pengurusan krematorium yang bersesuaian.


"Saya turut berhubung dengan Kementerian Luar Negeri bagi menyelaraskan urusan jenazah yang Bukan Warga Negara (BWN)," katanya dalam satu kenyataan.


Pengurusan jenazah jadi lebih pantas (gambar selangorkini)

Beliau berharap, dengan adanya inisiatif Pengurusan Jenazah Covid-19 Berpusat maka masa yang diambil dalam menguruskan jenazah dapat disingkatkan sebaik mungkin bagi mengurangkan kesesakan dan limpahan jenazah di hospital.


Sementara itu, mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakkan Diperketat di beberapa kawasan di negeri itu, MB berkata, bantuan bakul makanan yang secukupnya akan dihantar ke kawasan terjejas begitu juga proses saringan Covid akan dipertingkatkan.


"Bekalan bakul makanan akan dipastikan siap bagi penerima tidak lewat dari 48 jam selepas PKPD dikuatkuasakan.


"Saringan Covid-19 akan dilakukan kepada semua warga dalam lingkungan PKPD terbabit. Warga yang positif akan diasingkan bagi tujuan pemantauan dan rawatan yang bersesuaian dan warga yang didapati negatif akan divaksin oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD)," katanya lagi.


Terdapat empat lokaliti yang akan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan berkuatkuasa Ahad 18 Julai 2021 jam 12.00 tengah malam.


Lokaliti tersebut terletak di empat daerah yakni Petaling (Damai Apartment PJS 8), Hulu Langat (Jalan Pandan Indah), Klang (Jalan Batu Nilam Bukit Tinggi) dan Gombak (Taman Samudera) yang dijangka tamat pada 31 Julai 2021.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER