top of page

Selangor laksana kaedah baharu kesan pembawa virus Covid 19 tidak bergejala


Kerajaan Selangor akan melaksanakan pendekatan baharu bagi mengesan pembawa virus Covid 19 yang tidak bergejala.


Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari, kaedah pengesanan terbaharu yang akan dilaksanakan adalah dengan melakukan ujian saringan ke atas individu yang tidak sedar mereka adalah pembawa virus berkenaan.


"Selangor menunjukkan tren laporan kes Covid-19 harian yang tinggi selama beberapa minggu ini.


"Faktor yang amat membimbangkan adalah apabila rakyat Selangor yang dijangkiti Covid-19 tetapi tidak mengetahuinya, atau diistilahkan sebagai silent carriers. Mereka ini adalah golongan yang tidak bergejala dan sihat. Golongan ini amat merisaukan kerana mereka boleh menularkan dan menjangkiti kumpulan yang berisiko tinggi.


"Bagi memulakan Fasa Mitigasi Wabak Pandemik Covid-19 Negeri Selangor, Pelan Tindakan Kesihatan Awam Negeri Selangor akan melaksanakan program pengawasan melalui langkah active case detection ataupun mengenal pasti kes secara aktif," katanya dalam satu kenyataan.


Cara berkenaan, kata Amiruddin, lebih berkesan dan lebih terfokus dengan pengesanan dilakukan secara berperingkat, kawasan demi kawasan


Ujian saringan juga, katanya ditawarkan secara percuma kepada individu yang pernah menjadi kontak rapat kepada pesakit Covid.


"Program saringan Covid-19 ini akan berlangsung bermula 8 Mei 2021 di DUN Kajang dan DUN Semenyih dan akan berlangsung sehingga 10 Jun 2021 yang ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor. Saringan percuma ini akan dilaksanakan di dua DUN setiap hari dan akan meliputi seluruh 56 DUN yang terletak di dalam negeri Selangor.


"Program ini akan memberi manfaat dan peluang kepada rakyat negeri Selangor yang berisiko, pernah menjadi kontak dengan pesakit Covid-19, bergejala dan juga rakyat yang bimbang tentang status mereka," katanya lagi.


Menteri besar berharap dengan program tersebut rakyat Selangor akan mengambil langkah proaktif menjalani saringan di kawasan-kawasan di seluruh negeri mengikut tarikh yang ditetapkan dan memainkan peranan untuk mengurangkan wabak Covid-19 di negeri Selangor.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page