top of page

Selangor laksana 564 projek bernilai RM3.41 bilion tahun ini - MB



Kerajaan Selangor akan melaksanakan sebanyak 564 projek dan program pembangunan yang seimbang serta lestari akan dilaksanakan dengan peruntukan sejumlah RM3.41 bilion pada tahun ini.


Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata projek di bawah Rolling Plan ke-4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) itu dilaksanakan dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan.


"Negeri Selangor telah mencapai prestasi perbelanjaan sebanyak 8.39%, dan ia melepasi prestasi nasional iaitu 6.03%.


"Antara projek yang bakal siap tahun ini ialah Pusat Kebangsaan bagi Keselamatan Makanan (NCFS) di Sepang, projek naik taraf Hospital Kajang, Kem Wawasan Negara Tanjung Rhu di Sepang serta pembinaan sekolah baharu 24 bilik darjah dan lain-lain kemudahan Sekolah Kebangsaan (SK) Saujana Putra, Telok Datok, Kuala Langat," katanya dalam kenyataan hari ini.


Kenyataan itu dikeluarkan selepas beliau mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) Selangor bersama semua ketua-ketua jabatan di peringkat Persekutuan dan negeri semalam.


Amirudin berkata kerajaan negeri turut berjaya melaksanakan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menambah baik keperluan pelajar dalam melaksanakan projek naik taraf dan penyelenggaraan kecil di 753 sekolah yang kesemuanya berjaya disiapkan sepenuhnya pada November lalu.


"Insya-Allah, melalui kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor, pelaksanaan projek pembangunan Persekutuan di Selangor akan berjalan lancar mengikut garis panduan yang ditetapkan demi kesejahteraan rakyat," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page