top of page

Selangor lahirkan pemimpin muda berprestasi tinggi - Exco

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 21
  • 1 min read

Kerajaan Negeri Selangor komited melaksanakan pelbagai program dan inisiatif berimpak tinggi bagi memperkasa pembangunan belia serta melahirkan pemimpin muda yang berkualiti.


Exco Belia Mohd Najwan Halimi (gambar) berkata, pembangunan belia dilaksana menerusi pendekatan secara lebih holistik dengan menghubungkan dasar belia kepada pelbagai agenda termasuk ekonomi, pendidikan, sukan, industri kreatif dan teknologi.


Semua usaha tersebut jelasnya digerakkan menerusi pendekatan felksibel yang disesuaikan mengikut perubahan generasi.


"Belia hari ini tidak semuanya berada dalam persatuan, maka pendekatan kita juga lebih fleksibel iaitu melalui kampus, komuniti, sukan, e-sukan, industri kreatif dan platform digital.


"Antara inisiatif yang memberi impak besar ialah program pembangunan kepimpinan seperti Konvensyen Belia Selangor, Pertandingan Debat, Penggerak Belia Selangor (PeBS), SERVE Selangor, latihan kepimpinan serta sokongan kepada pertubuhan belia," katanya dipetik laporan media tempatan.


Dalam pada itu beliau turut memaklumkan pihaknya akan terus memperkukuh program sukarelawan, pembangunan kepimpinan, persatuan belia dan aktiviti komuniti bagi melahirkan generasi muda yang berdaya saing serta mempunyai integriti, empati dan rasa tanggungjawab terhadap masyarakat.


Selangor juga jelasnya berusaha menawarkan peluang pekerjaan yang terbesar, jaringan industri yang kukuh serta institusi pendidikan berkualiti kepada golongan belia.


"Ekonomi negeri yang dinamik bersama sokongan Kerajaan Negeri terhadap pembangunan bakat dan keusahawanan menjadikan Selangor destinasi pilihan anak muda untuk membina masa depan.


"Anak muda bukan datang ke Selangor sekadar mencari pekerjaan, tetapi untuk membina masa depan," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page