top of page

Selangor lahir 280 graduan mahir politik, kerja sosial melalui AKW

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 15, 2024
  • 1 min read


Akademi Kepimpinan Wanita (AKW) yang diperkenal Kerajaan Selangor pada 2020 bagi memberdayakan golongan itu dalam bidang kepimpinan telah membuahkan hasil.


Exco pemberdayaan wanita dan keluarga berkata, setakat ini seramai 280 graduan telah dilahirkan setelah mereka menjalani kursus lapangan politik dan kerja sosial selama 15 bulan bagi memantapkan lagi kepimpinan mereka.


"Mereka merupakan pelajar dari kohot pertama hingga ketiga dan sekarang sesi baharu untuk kohot ke empat sedang dibuka.


"Menerusi AKW, peserta dapat menimba ilmu dan kemahiran dengan bantuan biasiswa daripada Kerajaan Negeri," kata Anfaal Saari yang juga ADUN Taman Templer dipetik laporan Selangorkini.


Terdahulu Anfaal merasmikan Majlis Imaarah Wanita dan Keluarga Madani di Seksyen 7, Shah Alam pada Ahad.


AKW bertindak sebagai ‘saluran bakat’ bagi memantapkan kemahiran kaum wanita berusia 21 hingga 45 tahun dan ke arah melahirkan lebih ramai pemimpin wanita di lapangan politik serta kerja sosial.


Empat modul utama pembelajaran ialah kemahiran insaniah dan organisasi, kefahaman gender, kepimpinan politik dan ekonomi serta kemahiran komunikasi.


Kelas diadakan setiap Rabu selepas waktu bekerja bermula 6 petang hingga 9 malam di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS).

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page