top of page

Selangor kutip hasil lebihi sasaran ditetapkan - MB



Kutipan hasil kerajaan negeri Selangor meningkat 128% sekaligus melepasi sasaran RM2 bilion yang ditetapkan untuk tahun ini.


Menteri Besar (MB) Datuk Seri Amirudin Shari berkata, setakat 6 Disember lalu, kerajaan negeri berjaya meraih hasil berjumlah RM2.571 bilion.


Jumlah itu jelasnya adalah manifestasi dan bukti kesungguhan barisan penjawat awam dan anggota pentadbiran kerajaan negeri yang berusaha keras memacu ekonomi Selangor selain meningkatkan hasil demi manfaat rakyat jelata.


Pertumbuhan ekonomi Selangor juga jelasnya berkembang baik apabila sumbangan negeri itu kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia terus meningkat kepada 25.5%, sekali gus meningkatkan peranannya sebagai negeri penyumbang lebih satu perempat kepada kepada KDNK negara.


"Malah, pencapaian ini menggambarkan keyakinan komuniti pelaburan serta rakyat Tuanku (Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah) terhadap sikap dan kebertanggungjawaban kerajaan Tuanku dalam merencanakan dan mengagihkan kekayaan negeri secara efektif dan bersasar," katanya dipetik.


Amirudin berkata demikian semasa menyampaikan sembah ucapan taat setia pada Istiadat Penganugerahan Darjah dan Bintang Kebesaran sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-78 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah di Shah Alam pada Isnin.


Mengulas mengenai rancangan pembangunan negeri, beliau turut berkongsikan usaha Pembangunan Serantau Bersepadu Selatan Selangor (Idriss) di kawasan seluas 16,187 hektar yang menyaksikan kerajaan negeri merancang serta memudahcara pembangunan di kawasan baharu di selatan negeri berkenaan.


Beliau turut berkata, kerajaan negeri akan memulakan proses Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama yang akan menggariskan beberapa inisiatif pembugaran ekonomi seperti pembangunan Dron Selangor dan Pusat Kecerdasan Buatan Selangor.


Kajian itu jelasnya melibatkan pelan pengukuhan sistem pengangkutan awam dengan membangunkan Jajaran Rel Kita Selangor dari kawasan Klang ke Kuala Selangor dan kemudiannya ke Tanjong Karang dan Sabak Bernam bagi membolehkan rakyat menetap di kawasan Pantai Barat mendapat akses ke atas kawasan ekonomi maju di Lembah Klang dan Kuala Lumpur.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page