top of page

Selangor kukuh sekuriti makanan perkenal projek ladang tenusu moden

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 11
  • 1 min read

Exco Ir Izham dan Dr Zahid melihat model Projek Kompleks Lembu Tenusu PKPS, ‘Ehsan Dairy Farm’
Exco Ir Izham dan Dr Zahid melihat model Projek Kompleks Lembu Tenusu PKPS, ‘Ehsan Dairy Farm’

Selangor maju setapak lagi dalam usaha memperkukuh keterjaminan makanan menerusi pelancaran Projek Kompleks Lembu Tenusu Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) ‘Ehsan Dairy Farm’.


Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi hantaran di Facebook berkata, majlis pecah tanah projek itu telah disempurnakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Ahad.


Turut hadir ke acara itu ialah Exco Pertanian, Datuk Ir Izham Hashim dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS, Datuk Wira Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi.


"Sebagai negeri paling maju dan padat penduduk, Selangor tidak boleh hanya menjadi pengguna, tetapi perlu muncul sebagai pengeluar strategik daripada sawah padi dan kebun sayur, hinggalah penternakan ayam dan ladang tenusu moden yang menyumbang kepada keperluan negara.


"Projek ini menjadi pelaburan jangka panjang yang memperkukuh kedudukan Selangor sebagai peneraju dalam sekuriti makanan," katanya.


Mengulas lanjut Amirudin berkata, pusat tenusu dibina di Ladang PKPS Sungai Tengi seluas 42 ekar itu dijangka beroperasi awal tahun hadapan.


Menggunakan teknologi ladang pintar, ia bakal menempatkan 1,200 ekor lembu baka Jersey Holstein Friesian (F2) dari Australia yang berupaya menghasilkan sehingga 1.8 juta liter susu segar setahun.


Sementara itu PKPS menerusi kenyataan berasingan memaklumkan, Projek Ehsan Dairy Farm akan memberi impak ekonomi dengan menjana pendapatan tahunan melebihi RM7.5 juta dan menyediakan lebih 100 peluang pekerjaan.

"Projek juga merupakan komponen utama dalam pelaksanaan Rangka Tindakan Sekuriti Makanan Selangor 2021-2025 tunggu tiga tonggak utama iaitu Pengeluaran, Pengedaran dan Keterjaminan.


"Ia mencerminkan komitmen jangka panjang ke arah penyediaan makanan sihat, pengurangan kebergantungan kepada import dan pemeliharaan kedaulatan makanan negara," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page