top of page

Selangor kongsi kepakaran urus utiliti dengan Kedah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 4, 2024
  • 1 min read

ree

Kerajaan Selangor akan perkongsian kepakaran, teknologi dan khidmat nasihat berkaitan pembangunan infrastruktur utiliti dengan negeri Kedah.


Usahasama tersebut membabitkan agensi milik Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Selangor, Koridor Utiliti Selangor (Kusel) dan Utiliti Infra Darul Aman (UiDA).


Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, dengan termeterainya kerjasama bersejarah itu ia telah membuktikan kedua-dua negeri mampu bergerak matang tanpa menjadikan perbezaan politik sebagai alasan demi kepentingan rakyat.


"Bagi pihak Kerajaan Negeri saya mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kerjasama antara Kusel dan UiDA. Ini membuktikan Malaysia bergerak kepada usaha kerjasama yang matang dan pragmatik.


"Inilah prinsip Kita Selangor dan ikthiar yang dibawa oleh perdana menteri. Selangor turut bertekad meneruskan pendekatan ini demi kemaslahatan rakyat," katanya dipetik.


Terdahulu, Amirudin dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Kusel dan UiDA di bangunan pentadbiran Selangor di Shah Alam pada Selasa.


Kusel diwakili pengarah urusannya Khairul Azmi Misran, manakala UiDA diwakili ketua pegawai eksekutifnya Ahmad Taufik Radzi. Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif MBI Selangor Saipolyazan M Yusop.


Muhammad Sanusi sementara itu menyifatkan Selangor mempunyai pengalaman luas dalam mengurus infrastruktur utilitinya, memandangkan Selangor memiliki lebih 24,000 kilometer (km) jajaran paip berbanding 14,000 km jajaran paip di seluruh Kedah.


"Kedah pilih Selangor kerana utiliti di Selangor ada cabaran. Ia seolah-olah kita mahu belajar subjek matematik tambahan dengan Selangor, jadi kena mai (jumpa) cikgu," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page