top of page

Selangor komited tangani isu jenayah - MB

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 30
  • 1 min read

 Amirudin merasmikan Majlis Penutup Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform Piala MB Selangor
 Amirudin merasmikan Majlis Penutup Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform Piala MB Selangor

Kerajaan Negeri Selangor yang diketuai KEADILAN komited menangani isu jenayah di negeri itu terutama di daerah padat penduduk.


Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kepadatan penduduk yang tinggi dikenal pasti sebagai antara punca peningkatan kes jenayah di daerah utama Selangor seperti Kajang, Gombak dan Klang.


"Jumlah penduduk yang besar dengan latar belakang berbeza-beza memang menjemput hal tersebut.


"Ia menuntut perhatian serius aspek keselamatan awam dan pengurusan sosial, kita perlu teliti angkah susulan untuk mengatasinya," katanya dipetik.


Terdahulu, Amirudin hadir merasmikan Majlis Penutup Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform Piala Dato’ Menteri Besar Selangor 2025 di Universiti Selangor (UNISEL), Bestari Jaya.


Acara dua hari itu melibatkan penyertaan lebih 6,000 murid sekolah rendah dan menengah dari seluruh negeri Selangor.


Sementara itu Amirudin menegaskan keadaan keselamatan di Selangor masih terkawal hasil kecekapan pasukan polis dalam menjalankan tugas mereka.


Justeru beliau merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada anggota polis kerana jelasnya, walaupun berlaku jenayah, pihak berkuasa masih mampu mengawal kestabilan dan keamanan di Selangor,” kata Amirudin yang juga Pesuruhjaya Kehormat Pertahanan Awam itu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page