top of page

Selangor komited seimbangkan pembangunan, pemeliharaan warisan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 21
  • 1 min read

MB Amirudin bersama kanak kanak yang menyertai acara sepanjang Pesta Pantai Bagan Lalang @ Sepang
MB Amirudin bersama kanak kanak yang menyertai acara sepanjang Pesta Pantai Bagan Lalang @ Sepang

Kerajaan Selangor komited memastikan pembangunan negeri dilaksanakan seiring dengan usaha pemuliharaan alam sekitar, budaya dan warisan.


Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, penganjuran Pesta Pantai Bagan Lalang @ Sepang 2025 antara contoh yang dilaksana untuk menjayakan visi tersebut, dengan membabitkan kerjasama erat Kerajaan Negeri, pihak berkuasa tempatan, agensi kerajaan, sektor swasta dan masyarakat pelbagai kaum.


"Acara dwitahunan ini bukan sahaja mengukuhkan perpaduan, malah memberi limpahan ekonomi kepada peniaga kecil serta pengusaha inap desa. Ia juga boleh dijadikan pusat pendidikan penjagaan alam sekitar di samping memperkenalkan Sepang secara menyeluruh.


"Pihak berkuasa perlu lebih agresif mempromosikan produk tempatan serta menawarkan aktiviti menarik untuk pengunjung dan pelancong," katanya dipetik.


Beliau berkata demikian ketika merasmikan pesta dua hari anjuran Majlis Perbandaran Sepang sempena Tahun Melawat Selangor 2025.


Pesta yang bermula semalam diserikan dengan pelbagai aktiviti sukan, acara pantai dan persembahan seni, menjadikan Sepang sebagai destinasi pelancongan unik di Selangor.


Ia turut dihadiri Ahli Parlimen Sepang yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athira Sabu dan Exco kebudayaan Datuk Borhan Aman Shah.


Sementara itu menurut Amirudin, penganjuran acara seperti itu menyokong agenda kerajaan negeri dalam sektor pelancongan Selangor.


Kerajaan Negeri jelasnya sentiasa menyokong usaha memperkasa sektor pelancongan dengan penekanan kepada peningkatan daya saing, kualiti produk dan perkhidmatan menerusi pelbagai insentif yang disediakan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page