top of page

Selangor komited pulih sekolah, bantu keluarga terjejas ribut di Sijangkang

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 hours ago
  • 1 min read

Ribut taufan petang semalam memusnahkan sebuah sekolah  di Sijangkang
Ribut taufan petang semalam memusnahkan sebuah sekolah  di Sijangkang

Oleh: Azuan Ab Rahman


Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan RM64,000 sebagai bantuan segera kepada mangsa ribut di Sijangkang, Kuala Langat, yang menyebabkan puluhan rumah dan beberapa sekolah rosak teruk kelmarin.


Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata setiap 64 ketua keluarga yang terjejas akan menerima bantuan RM1,000 bagi membaiki kediaman masing-masing.


"Selain itu, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) turut mengesan seramai 14 penduduk termasuk seorang pegawai pusat khidmat yang mengalami kecederaan akibat kejadian ribut tersebut.


"Kesemua mereka yang kini sedang dirawat di hospital juga akan diberikan bantuan sebanyak RM1,000 seorang," katanya dalam kenyataan.


Kejadian ribut dan puting beliung petang Rabu itu menjejaskan lebih 40 rumah, lima sekolah, serta beberapa premis termasuk Dewan Wawasan Batu 9 Kampung Medan dan Pejabat Penyelaras DUN Sijangkang.


Amirudin menyifatkan bencana kali ini antara yang terburuk dalam beberapa tahun kebelakangan ini.


Beliau sementara itu turut memaklumkan, kerja baik pulih Sekolah Rendah Agama (SRA) Kampung Medan akan menelan kos RM320,000 dan dibiayai sepenuhnya melalui Tabung Bencana Negeri bagi memastikan sesi persekolahan dapat disambung dengan selamat.


Komitmen itu jelasnya adalah tambahan kepada bantuan awal RM564,000 yang telah disalurkan agensi negeri seperti Yayasan MBI dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) kepada enam sekolah, pusat khidmat serta keluarga mangsa ribut.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page