top of page

Selangor komited bantu usahawan halal tembusi pasaran global

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 14
  • 1 min read

ree

Kerajaan Negeri Selangor terus komited memperkukuh ekosistem industri halal agar mampu menembusi pasaran antarabangsa.


Exco Industri Halal, Dr Mohammad Fahmi Ngah (gambar) berkata, kerajaan negeri telah menjalin kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi mempercepatkan proses pengeluaran sijil halal sekaligus membantu usahawan halal di negeri itu.


"Selangor merupakan negeri pertama yang memberi jaminan bahawa pemohon sijil halal buat kali pertama akan menerima keputusan dalam tempoh 30 hari.


"Bagi permohonan pembaharuan pula, tempoh itu dikurangkan kepada tujuh hari atau mungkin juga 48 jam. Tiada lagi alasan untuk mana-mana perusahaan tidak memperoleh sijil halal," katanya dipetik.


Tambah beliau, komitmen kerajaan negeri tidak hanya tertumpu kepada proses kelulusan, tetapi turut melibatkan penyediaan peruntukan dan sokongan kepada usahawan tempatan.


Jelasnya,beberapa inisiatif turut dilaksanakan bagi membantu usahawan menembusi pasaran antarabangsa termasuk menjalin kerjasama dengan badan pensijilan luar negara bagi mengenal pasti potensi pasaran baharu.


"Kerajaan negeri menggalakkan usahawan berinovasi dan membangunkan produk berkualiti sebelum dipasarkan ke luar negara. Jika perkara ini dilaksanakan dengan baik, tiada sebab produk halal tempatan tidak mampu bersaing di pasaran global," jelasnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page