top of page

Selangor kekal Insentif Haji Muassasah 2026, kukuh agenda kebajikan rakyat

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 1
  • 1 min read
Ahmad Azri (empat dari kiri) sampaikan sumbangan kepada ketua-ketua kampung DUN Sungai Burong
Ahmad Azri (empat dari kiri) sampaikan sumbangan kepada ketua-ketua kampung DUN Sungai Burong

Kerajaan Negeri Selangor terus memperkukuh agenda kebajikan rakyat dengan mengekalkan pelaksanaan Insentif Haji Muassasah bagi musim haji 2026, selaras hasrat menjadikan Selangor negeri berteraskan kesejahteraan ummah.


Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Yayasan MBI), Ahmad Azri Zainal Nor berkata, insentif berjumlah RM1,000 seorang itu diteruskan dengan kuota maksimum 6,000 jemaah bagi membantu rakyat menunaikan rukun Islam kelima tanpa beban kewangan.


"Tahun ini, seramai 4,300 jemaah menerima manfaat dengan jumlah peruntukan keseluruhan RM4.3 juta. Kuota dan kadar sumbangan dikekalkan bagi musim haji 2026, malah kita menjangka permohonan meningkat selepas promosi dibuat lebih awal


"Dijangkakan, permohonan bagi Insentif Haji Muassasah 2026 mula dibuka Januari depan, selepas pembentangan Belanjawan Selangor 2026 oleh Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari," katanya dipetik.


Beliau sebelumnya menyampaikan sumbangan kepada ketua-ketua kampung kawasan DUN Sungai Burong di Warisan De’ Village, Tanjong Karang, pada Khamis.


Insentif Haji Muassasah yang diperkenalkan pada 2022 mencerminkan keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap kebajikan bakal jemaah haji.


Sejak pelaksanaannya, program ini telah memberi manfaat kepada lebih 12,000 jemaah haji Selangor dengan peruntukan tahunan sekitar RM6 juta. Atas keprihatinan Kerajaan Negeri, bermula 2024 kadar bantuan turut dinaikkan daripada RM500 kepada RM1,000 bagi setiap jemaah.


Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Azri memaklumkan Yayasan MBI kini sedang berbincang dengan Lembaga Tabung Haji (TH) bagi memperkenalkan Skim Khairat Kematian untuk jemaah yang meninggal dunia di Tanah Suci.


"Yayasan sedang meneliti mekanisme terbaik sama ada menanggung sepenuhnya atau memberi subsidi. Kosnya tidak tinggi, sekitar RM30 seorang tetapi besar maknanya kepada waris," jelasnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page