top of page

Selangor kekal dasar tidak terlibat perlombongan nadir bumi - MB

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 10
  • 1 min read
ree

Kerajaan Selangor menegaskan bahawa negeri ini tidak pernah meluluskan sebarang aktiviti perlombongan nadir bumi (REE).


Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) berkata, dasar negeri jelas untuk tidak terbabit dalam pengambilan bahan mentah nadir bumi, sebaliknya menumpukan kepada aktiviti peringkat pertengahan (‘middle’) dan hiliran (‘downstream’) yang mampu memberi nilai tambah lebih tinggi kepada ekonomi negeri.


"Walaupun terdapat kawasan di Selangor yang dikenal pasti mempunyai simpanan nadir bumi, Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk memfokuskan kepada aktiviti perlombongan.


"Selangor mempunyai polisi jelas berhubung nadir bumi. Kita mahu pastikan jika ada penglibatan sekalipun, ia berlaku pada peringkat pemprosesan supaya produk yang dihasilkan mempunyai nilai komersial yang lebih tinggi," katanya dipetik.


Amirudin ditemui pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia peringkat negeri di Dataran Malawati minggu lalu.


Minggu lalu, Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan permulaan perlombongan REE di Jelebu pada Januari 2026 sebagai projek perintis, dengan dua kawasan telah diluluskan.


Industri itu dijangka menyumbang RM18 juta kepada hasil negeri bermula 2027, dengan potensi nilai keseluruhan mencecah RM30 bilion.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page