top of page

Selangor kecam serangan terhadap misi Global Sumud Flitilla

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 days ago
  • 1 min read
Kapal membawa bantuan antarabangsa untuk Palestin diserang
Kapal membawa bantuan antarabangsa untuk Palestin diserang

Kerajaan Negeri Selangor mengecam sekeras-kerasnya serangan dron yang dilaporkan mengenai sebuah kapal terlibat dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF).


Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari menyifatkan tindakan provokatif itu jelas bertujuan menghalang misi kemanusiaan tersebut daripada mencapai matlamatnya membantu rakyat Palestin.


"Saya berharap pihak berkuasa antarabangsa segera campur tangan bagi memberikan perlindungan serta jaminan keselamatan kepada semua sukarelawan, aktivis dan kru yang terlibat," katanya dalam kenyataan.


Misi Global Sumud Flotilla membawa gabungan aktivis, pertubuhan dan sukarelawan antarabangsa termasuk rakyat Malaysia berlayar ke Gaza bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan, di sebalik sekatan berterusan terhadap wilayah berkenaan.


Ketika melalui perairan Tunasia semalam, kapal utama dikenali sebagai “Family Boat” membawa anggota jawatankuasa pemandu misi tersebut dilaporkan terkena serangan dipercayai dron menyebabkan kerosakan dek utama dan ruang simpanan bawah dek kapal.


Serangan terhadap misi membawa bersama mesej solidariti masyarakat dunia terhadap rakyat Palestin yang terus berdepan penindasan itu turut dikecam badan antarabangsa termasuk Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan pertubuhan hak asasi manusia lain.


Sementara itu Amirudin menegaskan bahawa rakyat Selangor berdiri teguh menyokong perjuangan flotilla tersebut dan mendoakan keselamatan seluruh peserta misi.


"Perjalanan ini bukan mudah, ia simbol keberanian dan suara bersama menentang kezaliman. Semoga misi ini sampai dengan selamat dan dunia terus bersatu memberi harapan serta sokongan kepada saudara kita di bumi penuh ujian itu," ujarnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page