top of page

Selangor Junior Superstars tawar RM15 ribu, cungkil bakat cilik



Oleh: Abdullah Zaid


Pertandingan nyanyian solo Selangor Junior Superstars di bawah Kerajaan Negeri terus dimeriahkan dengan sasaran lebih ramai peserta.


Menjengah kali keempat pertandingan itu diadakan, Ahli Dewan Undangn Negeri (ADUN) Sentosa, Dr Gunarajah R George berkata, finalis bagi penyertaan tahun ini dijangka akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil.


Katanya, setakat ini, pihak penganjur menerima seramai 65 penyertaan selain pertandingan nyanyian solo itu terbuka kepada peserta berusia sembilan hingga 15 tahun.


"Daripada jumlah itu 10 finalis akan diberi seorang jurulatih atau guru untuk membantu mereka memperbaiki kualiti nyanyian dan persembahan.


"Jangkaan final akan diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 27 Oktober ini dengan hadiah lebih daripada RM15,000 dan juga hadiah-hadiah yang menarik kepada peserta," katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media di Pusat Pembangunan Komuniti Taman Sentosa di sini, hari ini.


Jelasnya, acara itu turut melibatkan kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Persatuan Sinaran Musical Tradisi Selangor dan Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Warisan Malaysia serta artis-artis tempatan.


"Ia adalah satu platform kepada peserta supaya dapat menonjolkan bakar mereka, DUN Sentosa ingin membuka peluang kepada mereka untuk menjadi penyanyi yang berbakat pada masa depan," ujarnya.


Untuk rekod, permohonan masih dibuka sebelum berakhir pada 28 September manakala uji bakat 5 Oktober ini dan pertandingan akhir pada 27 Oktober depan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page