top of page

Selangor jamin kebajikan untuk rakyat berbilang kaum - MB Amirudin



Menteri Besar (MB) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memberi jaminan pentadbiranya akan terus memberi keutamaan kepada kesejahteraan dan kebajikan rakyat berbilang kaum dan agama di negeri itu.


Berucap dalam satu program sempena tahun baharu di Selayang Baru pada Isnin berkata, Kerajaan Negeri tidak memilih kaum dan agama malah bersifat menyeluruh.


Ia jelasnya terbukti apabila pelbagai bantuan disalurkan termasuklah peruntukan untuk rumah ibadat dan sekolah pelbagai aliran.


"Kita juga adalah negeri yang menyediakan tapak rumah ibadat yang digazetkan bermakna rumah ibadat ini tidak perlu bayar premium sebagaimana yang berlaku suatu ketika dulu premiumnya sangat tinggi dan menyebabkan rumah ibadat tidak dapat didirikan.


"Kenapa buat begini? Sebab kita percaya kepada (prinsip) Rukun Negara iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan dan menjadi salah satu tanggungjawab kerajaan pastikan rumah ibadah (termasuk) masjid, kuil, tokong dan gereja dapat dipelihara dan dijaga.


"Kerajaan Negeri akan terus bekerja melaksanakan tanggungjawab memastikan kesejahteraan, keamanan dan kestabilan hidup semua rakyat yang tinggal di negeri ini," katanya.


Sebagai pemimpin negeri, Amirudin menyeru rakyat di Selangor terus menghormati anutan agama lain demi kesejahteraan dan kehidupan yang harmoni.


Rakyat katanya, tidak seharusnya mudah termakan hasutan pihak tertentu yang cuba memecah belah keharmonian masyarakat yang telah dipupuk sejak sekian lama.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page