top of page

Selangor jalin kerjasama, perluas tanaman jagung bijiran di negeri lain



Kerajaan Negeri Selangor bercadang memperluas projek tanaman jagung bijirin berkualiti tinggi bersama negeri-negeri lain.


Menterinya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata pihaknya bakal mengadakan rundingan mengenai kerjasama itu dengan kerajaan negeri lain.


Keperluan pasaran untuk jagung bijirin adalah tinggi, namun Selangor jelasnya mempunyai kawasan yang agak terbatas bagi mengembangkan lagi projek berkenaan.


"Secara jujurnya kita sedang sasarkan untuk bekerjasama dengan negeri lain atau anak syarikat yang ada tanah. Ini kerana projek tanaman jagung bijirin ini terbatas atas isu tanah.


"Kita hanya ada 300 ekar tanah yang boleh dibangunkan untuk tanaman jagung bijiran tetapi keperluan kita sebenarnya adalah ribuan ekar," katanya dipetik pada sidang akhbar di program Hari Prihatin Rakyat Parlimen Gombak 2024 pada Sabtu.


Terdahulu Kerajaan Negeri menerusi Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor menuai 118 tan hasil pertama jagung bijirin berkualiti tinggi yang mula ditanam tahun lalu.


Tuaian pertama itu melibatkan kawasan seluas 16.9 hektar daripada keseluruhan 121 hektar ladang di Kuala Langat Selatan


Sementara itu Amirudin berkata, sekiranya usahasama bagi memperluas rancangan penanaman jagung bijiran itu berjaya ia akan mengurangkan kos makanan ayam sehingga 20 peratus sekali gus menurunkan harga jualan hasil ternakan.


"Saya yakin kita boleh buat sebab formula sudah ada dan kita sudah ada contoh. Kosnya juga sangat berpatutan kerana kita tidak guna mesin untuk tanam atau tuai," tambahnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page