top of page

Selangor jadi pemangkin pacu gagasan 100 tahun Malaysia

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 1
  • 1 min read

ree

Pelbagai pelan ekonomi negeri, termasuk Rancangan Selangor Kedua (RS-2) diterjemahkan bagi mencapai gagasan 100 tahun kemerdekaan negara.


Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) berkata, kini masanya untuk Selangor dan Malaysia kembali mengorak langkah ke hadapan selepas melalui episod goyah dalam tempoh beberapa tahun sebelum ini.


"30 tahun bukan satu masa yang panjang sangat. Insya-Allah, ia akan diterjemahkan dalam rencana-rencana kita, termasuk RS-2 dan pelan-pelan ekonomi yang akan kita kemukakan.


"Itu adalah sasaran. Kita perlu berfikir sekarang dan perlu ada sasaran," katanya dipetik.


Amirudin pada Syarahan Kebangsaan Jumaat lalu menegaskan, kemerdekaan bukan sekadar detik mengenang masa lalu, tetapi sebagai landasan untuk membina masa depan 100 tahun usia Malaysia.

Jumaat lalu, Amirudin ketika menyampaikan Syarahan Kebangsaan berkata Selangor dan Malaysia harus keluar daripada bayang-bayang ketakutan, khususnya menjelang 100 tahun kemerdekaan negara yang akan dicapai 32 tahun lagi.


Justeru wajar untuk Malaysia dan Selangor khususnya mengangkat pandangan lebih jauh, membayangkan kemajuan negara pada ulang tahun ke-100 kemerdekaannya.

Beliau membayangkan hasrat Selangor dalam tempoh 30 tahun akan datang kekal menjadi penggerak ekonomi Malaysia dan berdiri sebagai sebuah negeri yang mampu menghidupkan negara-negara rantau sebagai sahabat-sahabat rantau ini.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page