top of page

Selangor iktiraf seni, cadang bina Muzium Seni Moden - MB



Selangor akan mengiktiraf karya seni moden dengan pembinaan Muzium Seni Moden.


Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, pihaknya juga akan berbincang dengan beberapa sektor untuk menjadikan Selangor sebagai tempat latihan dan penggambaran filem bertaraf dunia.


"Kita di Selangor memang mengalu-alukan dan menghargai. Di negeri Selangor kita terbitkan beberapa karya menerusi penulisan dan juga kita akan membuat satu muzium yang dinamakan Selangor Modern Art Museum," katanya dipetik.


Menurut beliau, seni turut memainkan peranan bagi mengisi dan menghalusi jiwa dan menjadikan rakyat lebih berbudaya serta bertamadun.


"Kita yakin dunia ini bukan dibentuk dengan bakul-bakul makanan sahaja, bukan dasar polisi yang hebat, bukan dengan sebab pelaburan tetapi bangsa kita, negara kita, jiwa kita juga dibangunkan dengan seni budaya yang menjadikan kita lebih matang, bertamadun dan bertanggungjawab,” katanya lagi.



0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page