top of page

Selangor garis lima elemen penting rangka dasar ekonomi penjagaan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 30, 2023
  • 2 min read


Kerajaan Negeri Selangor akan menggariskan lima elemen penting dalam usaha mewujudkan kerangka atau dasar berkaitan sektor ekonomi penjagaan melibatkan kanak-kanak, wanita dan warga emas di negeri itu.


Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat, Anfaal Saari berkata, lima elemen itu adalah advokasi dan promosi, tatakelola dan kawal selia, tenaga kerja dan penjaga terlatih, pelaburan dan kerjasama serta inovasi dan teknologi.


Menjangkakan, kerangka itu bakal diluncurkan pada suku kedua tahun hadapan, Anfaal percaya ia mampu menyelesaikan pelbagai masalah berbangkit bagi golongan wanita dalam sektor kerja penjagaan kerana ia dilihat menerusi hubungannya dengan pasaran, upah kerja, ciri kerja yang dilakukan dan sasaran penerima penjagaan dalam sektor itu, yang dilatari dua isu utama iaitu kerja penjagaan tidak berbayar dan kerja penjagaan kurang upah


"Keseluruhan aspek penjagaan bukan sahaja dibebankan atas bahu golongan ibu atau wanita, malah sebahagian besar peranan penting yang membolehkan ekonomi berfungsi bersifat informal yang tidak melibatkan bayaran.


"Advokasi dan promosi untuk mengenal pasti kepentingan, keadaan semasa ekonomi penjagaan, sekiranya kita boleh selaraskan (inisiatif), maka di situ ada peluang ekonomi.


"Teras kedua tentang tatakelola dan kawal selia, Kerajaan Negeri berhasrat untuk memenuhi keperluan ibu bapa seperti taska.


"Ketiga, tenaga kerja dan penjaga terlatih (iaitu) memastikan tenaga kerja dan penjaga terlatih mendapatkan latihan yang berstruktur, keempat (pelaburan dan kerjasama) iaitu kerajaan memainkan peranan untuk memberi rangsangan kepada syarikat contohnya dalam pengumpulan data.


"Teras kelima memfokuskan mengenai penggunaan teknologi yang harus mengambil kira cara masyarakat dapat meningkatkan kecekapan dan memberikan akses kepada kumpulan sasaran yang dikehendaki," katanya.


ADN Taman Tampler itu sebelumnya menjadi tetamu program Ruang Bicara bertajuk ‘Memartabat Ekonomi Penjagaan’ terbitan Bernama TV pada Khamis.


Merujuk kajian yang dijalankan oleh Khazanah Research Institute (KRI), beliau berkata statistik wanita di luar tenaga buruh ialah 69.6 peratus dan antara faktor utama yang menyumbang senario berkenaan ialah disebabkan kerja rumah atau tanggungjawab kepada keluarga.


Kajian Merdeka Centre dan The Asia Foundation di Selangor pada 2020 hingga 2022 pula menunjukkan wanita bekerja menghadapi cabaran kos penjagaan anak yang tinggi dan menghadapi cabaran masa bekerja tidak fleksibel yang memerlukan taska di tempat kerja.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 pada September lepas memberi perhatian khusus terhadap ekonomi penjagaan sekali gus dilihat sebagai solusi mampan bagi mendepani status negara tua selain sebagai strategi melonjakkan partisipasi wanita dalam pasaran buruh.

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page