top of page

Selangor enjin pertumbuhan ekonomi negara di bawah Kerajaan Perpaduan



Selangor akan terus menjadi enjin pertumbuhan ekonomi Malaysia di bawah pemerintahan Kerajaan Perpaduan.


Hal itu dinyatakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam ucapan Majlis Amanat Khas Perdana Menteri bersama Penjawat Awam Negeri Selangor pada Isnin.


Majlis simbolik mengiktiraf kejayaan Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Harapan itu membayangkan realiti yang perlu diakui rakyat dalam mempertimbangkan parti mana yang layak terus memerintah selepas Pilihan Raya Negeri pada bulan Julai ini.


"Pada tahun 2021, Negeri Selangor menyumbang 24.8% kepada keseluruhan KDNK negara, dan saya yakin dengan prestasi serta kerja utuh yang telah kita laksanakan pada tahun lalu, Selangor sudah mencapai sumbangan KDNK kepada negara sebanyak 25%


"Ini dapat dilakukan hanya dengan perancangan masa depan yang bervisi serta realistik, ketara dan dapat dicekapi orang ramai,


"Suka saya maklumkan sehingga 7 Jun 2023, hasil kecekapan dan kerja pasukan penjawat awam, daripada anggaran kutipan hasil keseluruhan tahun 2023 iaitu sebanyak RM2 bilion, kita telah berjaya mengutip RM1.445 bilion, iaitu 72.28% daripada keseluruhan anggaran kutipan tahun ini.


"Ini dicapai dalam tempoh 5 bulan dan 1 minggu tahun 2023. Jumlah ini adalah hampir RM190 juta lebih tinggi daripada tempoh yang sama pada tahun lalu sehingga 7 Jun 2022, iaitu 15.07% berbanding tahun ini," katanya.


Berbeza dengan kerajaan negeri lain, kata Amirudin, Selangor telah memulangkan hasil kemewahan negeri kepada rakyat dengan skim bantuan yang pelbagai.


Terdapat 46 program Iltizam Selangor Penyayang dalam usaha Kerajaan Negeri mahu meningkatkan kesejahteraan sosial.


"Usaha-usaha ini bukan hanya bersifat memberi kepada golongan yang memerlukan seperti RM300 setiap bulan kepada 30,000 keluarga melalui BINGKAS, ataupun penjualan barang makanan asas pada harga yang lebih murah.


"Dari bulan September hingga sekarang, kita telah melaksanakan Jualan Ehsan Rakyat di 2,102 lokasi dengan 1.05 juta keluarga yang telah menerima manfaat.


"Sejajar dengan peningkatan kos sara hidup, kita meningkatkan pemberian baucar Jom Shopping kepada warga emas daripada RM100 ke RM150, program saringan kesihatan komprehensif percuma diperkenalkan.


"Kita juga menekankan kepentingan kerangka pendidikan yang dinamik melalui Selangor Technical Skills Development Centre (STDC) yang menjalinkan kerjasama dengan syarikat swasta seperti Apple, Dassault Systemes, Siemens, dan Festo untuk melatih anak-anak muda Selangor supaya dapat ditawarkan pekerjaan yang bergaji tinggi.


"Juga Program Tuisyen Rakyat diperkukuhkan dengan hampir 60,000 pelajar di Selangor menerima manfaat," katanya.


Melalui pembangunan ekonomi yang mampan pula, kata MB, tiada kawasan di Selangor yang seharusnya tertinggal daripada kemajuan.


Oleh itu, Kerajaan Negeri katanya telah mula mempermodenkan kawasan pertanian di Sabak Bernam untuk menaikkan nilai pendapatan rakyat di sana.


"Pentadbiran ini berpegang kepada tekad pembangunan negeri tidak hanya boleh berfokus di Lembah Klang. Pembangunan wajar dirasai dari Sabak Bernam sehinggalah ke selatan Selangor di Sepang.


"Misalnya, lingkaran pengangkutan awam di negeri Selangor sudah meliputi sebahagian besar kawasan negeri terutamanya Lembah Klang. Dalam beberapa tahun akan datang, LRT akan sampai ke Klang sehingga ke Johan Setia.


"Laluan MRT sudah dipanjangkan ke Cyberjaya dan Putrajaya. ECRL akan menghubungkan Pantai Timur ke Klang," katanya.


Bagaimanapun, kata ADUN Sungai Tua itu kawasan barat laut negeri Selangor dari Kapar dan Kuala Selangor sehinggalah ke Tanjong Karang masih belum dihubungkan dengan laluan rel.


Oleh itu, katanya, sesuai dengan kunjungan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan ke SUK Selangor beliau berharap Datuk Seri Anwar dapat mempertimbangkan permohonan peruntukan dari Kerajaan Persekutuan untuk membina laluan rel dari Klang ke Sabak Bernam.


Beliau juga menekankan rancangan pembangunan yang diterima dan memanfaatkan rakyat akan menjadi faktor pendorong Kerajaan Perpaduan dipilih semula untuk meneruskan kemajuan negeri pada penggal hadapan.


Aoatah lagi, katanya Selangor berganding bahu dengan Persekutuan yang menjadi peluang keemasan untuk memperbaikki tahap keunggulan setiap rakyat akan menerima laba daripada kemajuan negeri.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page