top of page

Selangor catat surplus kutipan hasil waktu PKP



Selangor mencatat rekod sebagai negeri yang mencatat kutipan hasil tinggi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.


Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, kutipan surplus itu berlaku pada waktu negeri lain mencatat hasil yang negatif.


Beliau berterima kasih kepada penjawat awam yang cekap serta kesudian rakyat untuk berurusan secara digital di platform yang disediakan.


"Hampir 5 bulan kita berada dalam PKP pada 2020. Di saat itu kita mampu juga capai sasaran kita dengan kutipan hasil RM2.2 bilion dan kita mencatatkan surplus di saat negeri lain mencatatkan pertumbuhan yang negatif atau capaian kutipan rendah.


"Ini satu pencapaian yang saya berterima kasih dan saya banggakan. Maknanya ada 4 - 5 bulan kita terhalang, bulan Mac hingga Jun kita tidak keluar rumah, tiada aktiviti, tidak ada transaksi tetapi kita mampu mengadakan kutipan sedikit sebanyak kerana kita telah merobah kepada kaedah digitalisasi.


"Juga ada keyakinan serta kemahuan rakyat menggunakan kemudahan urusan di atas talian dan kita dapat mencatatkan hasil," katanya ketika menghadiri perhimpunan bersama kakitangan awam Kerajaan Negeri baru-baru ini.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page