top of page

Selangor capai 77 peratus dos vaksin pertama


Sebanyak 5,761,304 dos vaksin telahpun diagihkan kepada rakyat negeri Selangor melalui Pusat-pusat Pemberian Vaksin di Selangor di bawah kerangka Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Negeri Selangor (PICK).


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata daripada jumlah tersebut, 3,665,093 orang telah menerima dos vaksin pertama, iaitu 77.17 peratus daripada sasaran awal.


"Manakala 2,096,211 telah lengkap menerima dua dos vaksin, bersamaan dengan 44.14 peratus daripada sasaran yang sama.


"Bagi usaha vaksin negeri melalui SelVAX, sebanyak 270,696 dos vaksin telah disuntik, dan daripada jumlah ini, 70,138 telah lengkap menerima dua dos," katanya.


Justeru, beliau menjangkakan penurunan bilangan kes Covid-19 bagi tahap 3 dan 4 pada hujung bulan Ogos atau awal bulan September.


"Kita dalam landasan terbaik menuju imuniti kelompok seperti yang disasarkan kerajaan sebelum ini. Ada penduduk Selangor juga yang sudah mendapat vaksin di Kuala Lumpur jadi sepatutnya bilangan penerima dua dos vaksin sudah mencapai hampir 50 peratus ketika ini," katanya.


Manakala bagi warga Selangor yang belum menerima vaksin MB berkata mereka boleh mendapatkannya ke Pusat-Pusat Pemberian Vaksin di Selangor secara walk in.


"Warga Selangor yang sudah menerima vaksin diharap kekalkan tabiat norma baharu dengan penuh hati-hati seperti menjaga jarak dan memakai pelitup muka seolah-olah anda masih belum menerima vaksin, lebih-lebih lagi dengan wujudnya varian Covid seperti Delta yang lebih berbahaya," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page