top of page

Selangor cadang wujudkan pelabuhan halal ke 3 di dunia

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Jun 6, 2022
1 min read


Kerajaan Negeri bercadang untuk mewujudkan pelabuhan halal di Selangor. Pelabuhan itu dijangka yang ke 3 seumpamanya di dunia selepas Rotterdam di Belanda dan Dubai di United Arab Emirates.


Menurut Exco Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal, Mohd Zawawi Mughni, perancangan tersebut akan dilakukan dalam jangka masa 5 tahun akan datang dan terkandung dalam perancangan utama Persidangan Antarabangsa Halal Selangor.


Katanya selain menguruskan produk halal, pelabuhan berkenaan boleh berfungsi sebagai sistem patuh syariah bagi menjalankan aktiviti ekonomi bersifat halal.


"Sekarang sudah ada 2 di dunia yang mula melaksanakan (pelabuhan halal) dalam 4 - 5 tahun di Rotterdam dan Dubai.


"Kita akan belajar daripada mereka bagaimana nak melaksanakan penubuhan pelabuhan halal ini dan kita akan mencadangkan Kerajaan Negeri agar program ini disegerakan supaya kita menjadi peneraju kepada industri halal di Malaysia," katanya.


Beliau berkata demikian ketika menghadiri Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022 yang berlangsung di PWTC, semalam.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page