top of page

Selangor cadang pertingkat program JER lebih bersasar



Kerajaan Negeri Selangor merancang memperbaiki program Jelajah Ehsan Rakyat (JER) dengan menggantikannya kepada pendekatan yang lebih bersasar bagi memastikan usaha meringankan beban penduduk negeri itu lebih berkesan.


Exco Pemodenan Pertanian Selangor, Ir Izham Hashim berkata, program baharu itu dijangka akan bermula pada pertengahan tahun ini.


"Program ini adalah fenomena sementara. Bukan program jangka masa panjang kerana program intervensi harga ini tidak wajar kita laksanakan secara berterusan. Kita akan ada satu kaedah lain yang kita akan buat selepas bulan Mei nanti.


"Kerajaan Negeri akan meneliti semula kaedah lebih baik dan mampan dalam usaha membantu rakyat berdepan kenaikan harga barang," katanya menjawab soalan Ahli Dewan Negeri Sungai Ramal, Mazwan Johar.


JER diperkenal Kerajaan Negeri Selangor ketika pasca pandemik Covid-19. Ia merupakan program intervensi bagi membantu penduduk terutama berpendapatan rendah berdepan kenaikan harga makanan.


Program itu menawarkan produk antaranya ayam standard pada harga RM10 seekor, daging pejal (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan), beras lima kilogram (RM10) di kendalikan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor.


Ia dianjur di sembilan lokasi terpilih setiap hari kecuali Jumaat dari 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.


Sementara itu jelas Izham, melalui program baharu yang dirancang, Kerajaan Negeri mahu memastikan ia dapat dilaksana lebih mampan dengan kerjasama beberapa pihak lain termasuk agensi Kerajaan Persekutuan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page