top of page

Selangor buka bantuan RM1,000 khairat kematian akibat Covid 19, hari ini


Kerajaan Negeri Selangor menyedari situasi memprihatinkan dengan meningkatnya jumlah kematian akibat jangkitan Covid 19.


Oleh itu, bantuan khairat kematian berjumlah RM1,000 dibuka untuk permohonan mulai hari ini kepada 1,500 orang dengan peruntukan RM1.5 juta.


"Kerajaan Negeri Selangor akan menyalurkan bantuan khairat kematian berjumlah RM 1,000 kepada rakyat Selangor yang meninggal dunia disebabkan Covid-19, selaras dengan inisiatif Pakej Kita Selangor 2.0.


Sebanyak 1,500 keluarga bakal menerima manfaat daripada inisiatif ini dengan keseluruhan peruntukan berjumlah RM 1.5 juta," kata kenyataan dari Kerajaan Negeri.


Menurut kenyataan itu lagi permohonan dibuka bermula 12 Julai 2021 sehingga 12 Ogos 2021, menerusi laman sesawang https://www.selangorprihatin.com.


Penyaluran bantuan RM1,000 akan dikreditkan terus ke akaun bank waris dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh kelulusan permohonan sekiranya maklumat permohonan yang diterima adalah lengkap.


Pertanyaan lanjut mengenai bantuan berkenaan boleh menghubungi talian hotline 24 jam, 1-800-22-6600.


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page