top of page

Selangor Bertadabbur 3.0: Fahami al Quran dengan makna yang benar - MB



Menteri Besar Selangor (MB) Datuk Seru Amirudin Shari menyeru umat Islam menggunakan kelebihan bulan Ramadan untuk membaca al Quran dan memahami makna ayat yang dibaca.


Katanya, al Quran perlu dijadikan panduan hidup agar tidak tergelincir dan terpesong.


"InshaAllah program yang bermula 2019 ini dan tahun lepas kita laksanakan tetapi secara dalam talian adalah dengan harapan al Quran yang turun dalam bulan Ramadan ini menjadi 'huda lin nas', memberi petunjuk kepada manusia. Menjadi pemisah antara yang hak dan batil. Itu menyentuh jiwa kita


"Kalau dipandu dengan Quran dalam hidup, kita akan membuat dan melaksanakan dengan cara betul. Lebih-lebih lagi waktu ini kita berdepan dengan pandemik Covid.


"Ramai dalam kalangan kita tidak mampu mengawal emosi. Kes unik dan pelik berlaku setiap masa," katanya ketika merasmikan Selangor Bertadabbur 3.0 di Masjid Jamiatus Solahiah, Kampung Sungai Tua Baharu, malam tadi.


Menurut MB lagi, membaca al Quran bukan sahaja dengan tartil, iaitu memperkirakan tajwid tetapi sebaik-baiknya difahami maknanya.


"Tahun lepas dan tahun ini kita teruskan program Selangor Bertadabbur. Kita bukan hanya membaca, tadarus iaitu membaca dengan tartil dan sebagainya. Tetapi bertadabbur ini menyelami makna yang mendalam supaya kita dapat mengetahui maknanya, tersentuh hati kita.


"Kadang-kadang untuk menggetarkan hati cukup dengan alunan bacaaan, nada yang menyentuh hati kita. Itu secara spiritual kita akan dapat.


"Lebih mendalam bila kita mendapat tahu makna dan erti ayat-ayat Quran itu," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page