top of page

Selangor berjaya selesaikan 101 projek perumahan 'sakit' sejak 2007

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 12, 2023
  • 1 min read

ree

Kerajaan Negeri Selangor komited mengatasi masalah projek terbengkalai di negeri itu.


Menteri Besar (MB) Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor menerusi Jawatankuasa Pemulihan Projek Terbengkalai telah menunjukkan kejayaan membanggakan dalam usaha itu.


Jelasnya, sejak 2007 sebanyak 101 projek bermasalah telah diselesaikan dengan melibatkan 39,476 unit rumah.


"Sehingga kini, 178 projek terbengkalai melibatkan 36,342 pembeli telah direkodkan dan sejak 2007, Kerajaan Negeri menyelesaikan 101 projek rumah melibatkan 39,476 unit rumah.


"Sebanyak RM18 juta diperuntuk ke dalam Tabung Pemulihan Projek Terbengkalai Selangor bagi merancakkan usaha pemulihan projek terbengkalai," katanya.


Sementara itu tambahnya, sebanyak RM11.4 juta dibelanjakan bagi membaik pulih infrastruktur kedua-dua kawasan itu demi kemudahan dan keselesaan penduduk.


Manakala Kerajaan Negeri turut bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi memulihkan tiga projek bernilai RM7.25 juta di Taman Meru Makmur dan Pangsapuri Impian Meru di Klang.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page