top of page

Selangor berjaya selesai isu setinggan Kampung Dato’ Harun



Isu penempatan setinggan yang membelenggu 249 keluarga di Kampung Dato' Harun, di Petaling Jaya sejak 15 tahun lalu berjaya ditangani dengan usaha proaktif kerajaan Selangor.


Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata melalui penyelesaiaan menang-menang antara penduduk dan pemaju, kini keluarga terbabit memperoleh kediaman menerusi Skim Smart Sewa.

"Mereka diberi tawaran pemilikan rumah dan konsepnya adalah sewa milik. Ini adalah kaedah sewaan (kepada penerima) kemudian baru pemilikan.

"Isu paling penting di sini kita dapat selesaikan masalah setinggan yang tertunggak hampir 15 tahun. Baru sekarang kita dapat selesaikan hasil kerjasama pemaju terbabit," kata Naib Presiden Parti KEADILAN itu.


Amirudin yang juga Ahli Parlimen Gombak sebelumnya ditemui pemberita selepas merasmikan Program Jelajah #Kita Selangor Penyayang di Padang Permainan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada Ahad.


Skim sewa milik rumah diperkenal Kerajaan Negeri Selangor untuk meringankan beban golongan berpendapatan rendah (B40) memiliki kediaman sendiri pada harga kurang RM200,000.


Skim dua fasa itu meliputi Smart Sewa dengan tempoh sewa minimum dua hingga lima tahun dan tempoh pemilikan di bawah ‘Rent to Own’.


Penyewa yang membeli kediaman tersebut menerima 30 peratus bayaran sewa terkumpul dan dijadikan wang pendahuluan serta baki perlu dijelaskan secara ansuran.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page