top of page

Selangor berjaya lunas 5 manifesto dalam tempoh 76 hari



Kerajaan Perpaduan di Selangor berjaya melunaskan lima manifesto penting dalam tempoh kurang 100 hari pentadbirannya.


Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari menyifatkan kejayaan Selangor melaksana semua lima manifesto itu dalam tempoh 76 hari selepas beliau mengangkat sumpah jawatan penggal kedua pada 21 Ogos lalu adalah bukti komitmen mengekalkan daya saing dan daya tahan negeri ini.


"Alhamdulillah walaupun saya janjikan 100 hari bermakna daripada tarikh saya angkat sumpah saya ada 100 hari melunaskan janji dan tekad tersebut.


"Hari ini tepat hari ke-76 selepas angkat sumpah selaku MB kita dapat laksanakan e-baucar buku sekali gus melengkapkan kelima-lima perkara yang kita janjikan dalam tempoh 100 hari pentadbiran," katanya dipetik.


Amirudin berkata demikian ketika berucap melancarkan Tekad Pendidikan Kita Selangor: Penyerahan e-Baucar Buku Mahasiswa 2023 di Persada Canselori Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi pada Isnin.


Lima tawaran mencakupi pelbagai bidang iaitu ekonomi, kebajikan wanita dan petani, pendidikan serta pemerkasaan institusi agama.


Ia merangkumi insentif RM1,000 bagi penjagaan anak (MamaKerja) yang bakal memanfaatkan 5,000 wanita seluruh negeri; pengecualian cukai taksiran 426,656 rumah kos rendah dan kampung untuk penggal kedua tahun ini melibatkan implikasi kewangan RM29.415 juta.


Selain itu adalah bayaran kepada 760 imam negeri ini ditingkatkan sebanyak RM200 kepada RM1,500 manakala elaun bagi 1,900 nazir, bilal, dan siak juga dinaikkan RM50 sebulan kepada RM300 (nazir), RM340 (bilal) serta RM290 (siak).


Kerajaan negeri turut memberi insentif RM1,000 kepada 500 golongan petani dan nelayan berbentuk RM500 tunai manakala baki menerusi input peralatan.


Manakala pemberian E-baucar buku mahasiswa bernilai RM200 bakal memanfaatkan 1,000 mahasiswa anak Selangor yang menuntut di sembilan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).


Insentif E-baucar itu memperuntukkan RM200,000 daripada Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page