top of page

Selangor berjaya kurangkan pengangguran - MB

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • May 24, 2022
  • 1 min read


Kerajaan Negeri berjaya mengurangkan kadar pengangguran di Selangor pasca pandemik Covid 19 dengan pelbagai cara.


Menurut Menteri Besar (MB) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Kerajaan Negeri telah mencipta peluang pekerjaan baharu dengan kemasukan lebih banyak pelaburan di negeri berkenaan.


"Kadar pengangguran di Selangor menurun selari dengan usaha Kerajaan Negeri mencipta peluang pekerjaan demi anak Selangor.


"Kejayaan mencipta dan menawarkan 163,645 peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor ini merangkumi pembuatan, pertanian dan pembinaan, terhasil daripada ikhtiar memakmurkan negeri dan mensejahterakan rakyat," katanya.


Menurut beliau lagi, selari dengan pertambahan peluang pekerjaan itu kualiti hidup rakyat Selangor juga dijangka akan meningkat dan memberi kesan positif kepada pengembangan ekonomi rakyat.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page