top of page

Selangor beri RM500, kit syifa kepada jemaah haji M40, B40



Kerajaan Negeri akan memudahkan urusan di tanah suci para jemaah haji M40 dan B40 dari negeri itu dengan menyumbang insentif wang tunai RM500 berserta kit penjagaan diri untuk mereka.


Menurut Menteri besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, sumbangan melalui Menteri Besar (Incorporated) MBI kepada 3,000 bakal jemaah itu akan diberikan kepada individu yang memohon.


"Setiap jemaah yang memohon dan menepati syarat kelayakan akan diberikan wang tunai sebanyak RM500 serta kit syifa termasuk ubat-ubatan, cecair pembasmi kuman, losyen, serta pelembap bibir.


"Keseluruhan program ini akan diperuntukkan sebanyak RM1,653,000 dan permohonan akan dibuka bermula Jumaat, 19 Mei 2023 hingga 25 Ogos 2023," katanya dalam kenyataan hari ini.


Bagi memudahkan proses pendaftaran, kata Amirudin, urusan permohonan akan dilaksanakan menerusi Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri masing-masing dan akan diselaraskan oleh Menteri Besar Selangor (Incoporated) MBI selaku pelaksana program.


"Para jemaah yang layak memohon semestinya warganegara Malaysia dan menyampaikan salinan surat tawaran mengerjakan haji muassasah yang mengandungi kenyataan bayaran haji serta salinan jadual penerbangan


"Saya mengharapkan usaha ini dapat memudahkan urusan perjalanan bagi para jemaah yang bakal meraikan dhuyufurrahman pada tahun ini," katanya lagi.


Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Pusat Khidmat Masyarakat DUN masing-masing melalui pautan https://bit.ly/3ByFSxm


0 comments

Комментарии


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page