top of page

Selangor benar operasi restoran, penjaja dalam 'new normal'


Mulai hari ini kerajaan Selangor membuka sepenuhnya ekonomi di negeri berkenaan tetapi secara bersyarat kaedah operasi 'new normal', susulan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 9 Jun 2020 yang telah diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan baru-baru ini. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dalam kenyataannya berkata, Kerajaan Negeri telah bersidang bersama-sama Datuk Bandar, Yang DiPertua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pegawai-pegawai Daerah seluruh Selangor memutuskan beberapa ketetapan bagi operasi perniagaan dilaksanakan sepanjang PKPB. Antaranya membenarkan makan dan minum di restoran yang dilarang sejak dua bulan lalu. "Semua restoran kini dibenarkan untuk beroperasi sepenuhnya termasuk makan dan minum di dalam premis dari jam 7 pagi hingga 10 malam tertakluk kepada pematuhan penjarakan sosial. Namun, membuka meja di kawasan kaki lima dan parkir tidak dibenarkan. "Para peniaga restoran digalakkan untuk memberi pilihan pra-tempah (pre-order) kepada pelanggan bagi mengelakkan kesesakan di dalam kedai," kata Amirudin dalam satu kenyataan. Bagaimanapun, katanya, penguatkuasa PBT akan membuat pemeriksaan mengejut dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan SOP yang dikuatkuasa pada tahap optimum. Selain itu, food truck dan penjaja tepi jalan juga boleh mula beroperasi dari jam 8 pagi hingga 10 malam, namun terhad kepada pandu lalu, bungkus dan penghantaran sahaja. Kegiatan pasar awam, pasar borong, pasar segar dan pasar swasta dibenarkan beroperasi. Cuma sebarang bentuk aktiviti penyembelihan tidak dibenarkan. Larangan operasi pasar pagi dan pasar malam adalah kekal. Kerajaan Negeri juga membuka kegiatan sukan dan rekreasi sebagaimana sebelum PKP dikuatkuasakan "Semua jenis taman kini dibenarkan untuk rakyat beriadah dari jam 7 pagi hingga 7 malam. Aktiviti pendakian dan perkhemahan masih tidak dibenarkan. Aktiviti memancing turut dibenarkan. "Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor akan mengeluarkan Pekeliling yang lebih terperinci bagi tujuan rujukan dan penguatkuasaan lanjut sebermula 13 Mei 2020 sehingga 9 Jun 2020 hadapan," ujar Amirudin lagi. Menurutnya, sebarang bentuk aktiviti atau perkara yang tidak diperincikan kekal tertakluk seperti yang digariskan dalam tatacara operasi piawai (SOP) yang disediakan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page