top of page

Selangor beli dron mahal kerana teknologi pemantauan canggih - Najwan Halimi



Ahli Dewan Negeri Kota Anggerik, Mohd Najwan Halimi menyeru agar rakyat Selangor tidak termakan dakyah yang disebarkan netizen kononnya Kerajaan Selangor membazirkan wang memberi dron pemantau aliran sungai berharga RM500,000 sebuah.


Menurut Najwan, terdapat pelbagai jenis dron dan digunakan untuk pelbagai tujuan. Namun dron yang berupaya memantau sungai dan mengenalpasti jenis bahan cemar tentulah berteknologi tinggi dan tidak boleh dibeli dengan harga yang rendah.


"Di dalam perihal pembelian empat buah dron baru-baru ini yang berharga RM2 juta juga menjadi bahan hasut maya (troll) oleh masyarakat. Di sini, kesalahannya bukan berpunca dari pembelian dron kerana memang ada dron yang boleh dibeli dengan harga RM500 sebuah. Namun fungsi dron yang berharga RM500 dengan RM500 ribu tentulah berbeza.


"Sama halnya dengan pembelian kereta. Ada kereta yang boleh dibeli dengan harga RM50 ribu dan ada pula yang berharga RM500 ribu. Tentulah kereta yang berharga RM500 ribu menyediakan teknologi yang lebih canggih. Kita difahamkan, dron yang dibeli oleh Kerajaan Negeri untuk memantau sumber-sumber air negeri Selangor juga dilengkapi dengan sistem data yang sangat mustahak. Teknologi yang sama boleh dibanding di Australia sebagai contoh dengan kos harga yang sewajarnya," katanya dalam ucapan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021, di Dewan Negeri Selangor.


Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN Selangor itu lagi, terdapat sesuatu yang tidak kena dengan jentera propaganda apabila Kerajaan Negeri membelanjakan RM200 juta untuk skim air percuma namun rakyat melupakan kebaikan itu sebaik sahaja berlaku beberapa kali gangguan belakan air.


Beliau mahukan strategi propaganda Kerajaan Negeri dimantapkan bagi membantu menangani serangan troll yang semakin kerap sejak kebelakangan ini.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page