top of page

Selangor bekalkan kit ujian oksigen kepada pesakit Covid 19 kuarantin di rumah

Updated: Jul 22, 2021


Kerajaan Negeri Selangor menyediakan kid ujian paras oksigen atau Home Assessment Tool bagi sesiapa yang diuji positif Covid 19.


Menurut Menteri Besar (MB) Selangor, kit tersebut akan membantu pesakit memantau paras oksigen dalam badan mereka. Sekiranya paras oksigen semakin rendah maka pesakit boleh mendapatkan bantuan ke hospital.


"Orang yang kuarantin di rumah dapat mengenal pasti kadar kesihatan mereka dan mereka boleh menghubungi hospital jika keadaan semakin parah. Ada kes mereka tidak ini bergejala. Gejala demam, batuk mungkin datang di saat mereka sudah semakin parah keadaannya.


"Untuk kit ini, peruntukan kita sediakan dalam RM5 juta. Jadi kalau ada permohonan lebih banyak kita akan kita tengok. Kos kit ini agak tinggi terutama oximeter. Kita gunakan oximeter yang kadar akurasinya tinggi dan harganya lebih RM100 seunit. Kos keseluruhan setiap kid lebih kurang dalam RM200.


"Oximeter pesakit akan pulangkan semula ketika mereka memotong gelang (pink) apabila sembuh atau mengakhiri kuarantin.


"Di samping kit, kita juga beri risalah panduan dari Universiti Malaya, di bawah Prof Adeeba. Jadi ini panduan macam pesakit kuarantin di rumah supaya mereka dapat menjaga diri dengan betul," katanya ketika melawat Program Ujian Saringan Fasa tiga di Dewan Beringin Taman Sri Gombak, semalam.


Selain itu, menurut Amirudin, program saringan fasa ketiga Kerajaan Negeri yang bermula 19 Jun lalu mensasarkan untuk melakukan 100,000 saringan


Katanya, kriteria saringan fasa ketiga adalah kawasan yang mempunyai kadar positif lebih tinggi daripada kadar nasional. Kadar nasional 4 atau 5% dan kadar sesuatu kawasan itu diperolehi daripada saringan sebelum ini.


"Sebagai contoh, kawasan Sungai Tua dan kawasan Gombak Setia ini mempunyai kadar yang tinggi ketika saringan yang lepas.


"Lebih kurang 6 - 8% di kedua-dua tempat. Sebab itu kita buat saringan lagi di sini, terutama lokaliti mereka yang terdapat positif," katanya lagi.


Dalam saringan Fasa Ketiga itu terdapat 70 kes positif daripada 1,200 ujian saringan. Kesemua pesakit Covid tersebut dibekalkan dengan Home Assessment Tool.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page