top of page

Selangor bantu pastikan taska didaftar secara sah, selamat

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 29
  • 1 min read


Kerajaan Negeri Selangor terus komited membantu penguasaha Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) di negeri itu mendaftarkan perkhidmatan mereka secara sah.


Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor Anfaal Saari berkata , bagi tujuan itu Kerajaan Negeri telah memperkenalkan geran dengan jumlah maksimum RM5,000 kepada pengusaha terbabit.


"Kita wujudkan geran pusat jagaan untuk permudahkan mereka beroperasi.


"Minggu lalu, ada Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Penilai Geran Pusat Jagaan untuk memilih pusat yang layak menerima geran maksimum RM5,000 setiap pengusaha dan dana diperuntukkan sebanyak RM400,000," katanya dipetik.


Anfaal ditemui pada sidang media selepas melancarkan program 'Selangor Care Accelerator 2025' (XCare) di Shah Alam pada Isnin.


Berdasarkan rekod terkini Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor didapati sebanyak 980 taska telah berdaftar di negeri ini, manakala lebih 100 lagi dikesan masih belum berdaftar.


Menurut beliau, antara cabaran dihadapi penguasaha yang menyebabkan kesukaran untuk mereka mendaftarkan taman asuhan mereka termasuk isu berkaitan kebenaran merancang bangunan dan isu-isu teknikal lain termasuk dari segi penyediaan tangga keselamatan bagi kelulusan bomba.


Selain itu penguasaha gagal mematuhi syarat mewajibkan pengasuh mengikuti kursus-kursus ditetapkan.


"Permohonan kebenaran merancang, keselamatan bangunan akan dinilai pihak berkuasa tempatan (PBT), sekiranya ditolak mereka perlu mencari lokasi lain atau dicadangkan lokasi lain," tambah ADN Taman Templer itu.


Dalam pada itu Anfaal memaklumkan, seramai 1,000 pengasuh persendirian di rumah sudah berdaftar dengan kerajaan negeri di bawah Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas).


Mereka turut ditawarkan geran RM2,000 untuk kualiti penambahbaikan peralatan dalam rumah.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page