top of page

Selangor bakal tingkat sektor kesihatan awam negeri



Selangor sedang meneliti langkah memperkasakan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu bagi memberikan tumpuan lebih kepada isu berkait kesihatan awam.


Menteri Besar (MB) Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ia termasuk untuk mewajibkan setiap PBT mempunyai sekurang-kurangnya seorang doktor yang mempunyai latar belakang pengajian dalam bidang kesihatan awam.


Tambah Amirudin, pihaknya menjangkakan langkah terbaharu itu mungkin akan dilaksanakan dalam masa dua tahun lagi.


"Disiplin terhadap kesihatan awam ini berbeza dengan kesihatan secara umumnya iaitu kesihatan akan menumpukan kepada pengukuhan institusi seperti hospital, modernisasi perubatan dan sebagainya, tetapi kesihatan awam ia akan lebih menjurus kepada pembentukan sikap dan komuniti masyarakat.


"Yang ada sekarang ni kita hanya semak kebersihan, premis makanan dan sebagainya sedangkan tugas itu lebih daripada itu dan petugas kesihatan (di Jabatan Kesihatan Negeri – JKN) pula agak terperangkap dalam hal ini kerana mereka mempunyai tugas hakiki yang besar di peringkat hospital dan pusat kesihatan.


"…dan kalau mereka juga perlu terlibat dengan urusan kesihatan awam secara tidak langsung adalah tidak wajar mereka terbeban dengan hal itu, Saya percaya kalau kita boleh berkolaborasi di antara PBT dengan JKN ini, automatik kita akan mempunyai jaringan kesihatan awam yang lebih baik demi menjamin kesihatan awam," katanya dipetik.


Sementara itu tambah Naib Presiden KEADILAN itu, pihaknya juga mengambil keputusan untuk mengembangkan aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) dengan mendigitalkan rekod kesihatan penggunanya.


Keputusan itu jelasnya melahirkan rakyat Selangor yang cakna akan status kesihatan, selain membantu memudahkan urusan petugas di mana-mana institusi kesihatan.


"Kerajaan Negeri telah membuat keputusan bahawa SELangkah akan menjadi satu ‘data entry point’ untuk rakyat di negeri Selangor pada masa ini dan masa depan.


"Ia penting kerana akan dapat memberi informasi mengenai maklumat kesihatan (individu), sekali gus akan memendekkan tugas doktor yang mereka tidak perlu ambil langkah awal untuk kenal pasti jenis darah dan sebagainya kerana maklumat itu sudah ada dalam bentuk digital dan boleh digunakan oleh pesakit di mana-mana hospital," jelasnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page