top of page

Selangor bakal teroka teknologi AI dengan kerjasama syarikat Amerika Syarikat



Kerajaan Negeri maju setapak lagi dengan termerainya Memorandum Persefahaman (MoU) antara anak syarikat kerajaan Selangor, Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) dan sebuah syarikat digital kecedasan buatan (AI) Amerika Syarikat (AS) The Hive Southeast Asia (THSEA).


Menurut kenyataan SSDU, MoU yang ditandatangani di Palo Alto, AS itu adalah untuk meneroka kerjasama rasmi dalam metodologi penciptaan bersama untuk membangunkan Inisiatif Digital Smart Selangor.


"Unit Penyampaian Smart Selangor merupakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Selangor yang diberi mandat untuk menyampaikan Program Smart Selangor Smart State dengan visi menjadikan Selangor sebagai Negeri Pintar Boleh Didiami di ASEAN menjelang tahun 2025.


"The Hive Southeast Asia pula merupakan cawangan ketiga The Hive LLC di Silicon Valley, Amerika Syarikat selepas penubuhan The Hive Brazil dan The Hive India.


"The Hive Southeast Asia akan menggunakan Proses Penciptaan Bersama The Hive LLC Silicon Valley, Model Studio Venture dan Dana Modal Terokanya dengan kerjasama Dana Penjana Nasional, Malaysia, untuk menyediakan "startup launchpads" di Selangor, yang akan diteroka secara bersama di bawah Program Smart State melalui SSDU dan entiti Negeri Selangor yang lain.


"The Hive LLC akan bekerjasama dengan usahawan dan syarikat tempatan untuk mencipta dan melancarkan teknologi berasaskan AI," kata kenyataan berkenaan.


Tambah kenyataan itu lagi, MoU rasmi itu dimeterai semasa Sidang Kemuncak Tahunan The Hive 2022 yang diadakan di Hotel Four Season, Palo Alto, Amerika Syarikat


Pemeteraian disaksikan oleh Exco Pelaburan, Perdagangan dan Industri Kecil Sederhana Selangor Datuk Teng Chang Khim ), Datuk Hasan Azhari (CEO Invest Selangor), Dr Nor Fuad Abdul Hamid (Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor bagi Pembangunan), Taufiq Iskandar (CIO Penjana Kapital Malaysia) dan TM Ravi (Pengasas dan Pengarah Urusan The Hive LLC) .


Dalam perkembangan sama, rakan kongsi pengurusan THSEA Datuk Syed Haizam Jamalullail (gambar atas, bersama Dr. Fahmi Ngah, (Pengarah Urusan Smart Selangor Delivery Unit)) berkata, MoU itu merupakan pengiktirafan organisasi berkenaan terhadap anak syarikat kerajaan Selangor.


"Kerjasama rasmi ini menandakan pengiktirafan kami terhadap keupayaan SSDU sebagai Pengurus Program Negeri Selangor untuk program Smart Selangor, kualiti bakat syarikat pemula tempatan Selangor dan peluang untuk meningkatkan ekosistem permulaan, bukan sahaja di Selangor dan Malaysia, malah rantau Asia Tenggara yang lebih luas," katanya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page