top of page

Selangor bakal taja 36 individu tunai haji - Amirudin

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 7, 2024
  • 1 min read


Kerajaan Negeri Selangor buat julung kalinya bakal membiayai kos menunaikan haji bagi 36 individu terpilih tahun ini.


Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, program itu yang membabitkan sejumlah peruntukan dengan setiap individu menerima tajaan antara RM18,000 hingga RM30,000 seorang.


"Tahun ini kali pertama kita perkenalkan bantuan ini. Dalam masa sama kita kekalkan bantuan antara RM500 ke RM1,000 untuk setiap muassasah.


"Alhamdulillah rasanya tak ada lagi negeri yang beri bantuan seperti ini. Kita pilih mereka yang layak. Inilah sedikit sebanyak yang kita mampu laksanakan untuk bantu rakyat," katanya dipetik pada majlis serahan sumbangan Aidilfitri Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI kepada 500 penduduk Hulu Kelang pada Sabtu.


Menerusi belanjawan tahun ini, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM3 juta untuk skim Permohonan Insentif Haji Muassasah, meningkat RM1.5 juta berbanding tahun lalu.


Selain wang tunai, jemaah juga turut menerima kit syifa seperti ubat-ubatan, cecair pembasmi kuman, losyen dan pelembap bibir.


Sementara itu menurut Amirudin, empat muassasah bakal dari setiap daerah di negeri itu bakal dipilih untuk menerima tajaan.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page